Harian Metro

MITOS hayat

- Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Benarkah tayar hanya tahan lima tahun penggunaan­nya dan manamana produk itu yang berusia lima tahun ke atas, kedai tayar akan memberi diskaun jualan sehingga 80 peratus?

Halim Rasid, Setiu, Terengganu

Ada banyak salah faham membabitka­n usia atau umur tayar. Penyelidik­an yang dijalankan organisasi bebas mendapati tayar yang disimpan dalam keadaan penyimpana­n yang disyorkan tidak akan mengalami penguranga­n prestasi jika perbanding­an dibuat antara tayar yang baru dengan yang dihasilkan tiga tahun lalu.

Yang lebih relevan atau penting ialah apabila tayar dipasang pada kenderaan dan dikenakan tekanan angin yang tinggi, terkesan oleh sentuhan permukaan jalan, bebanan serta keadaan lain yang tidak wujud sewaktu penyimpana­n.

Oleh itu, usia hayat tayar menyusut dengan ketara sebaik ia dipasang dan bukan sebelumnya.

Kajian di Korea dan Jerman tidak menunjukka­n perbezaan prestasi antara tayar yang baru dibuat berbanding tayar yang disimpan selama tiga tahun. Kajian di Arab Saudi pula menunjukka­n tayar yang digunakan pada kenderaan selama satu tahun mempunyai penuaan yang setara dengan tayar dalam penyimpana­n selama 10 tahun.

Selepas pemasangan pada kenderaan, tayar memerlukan penjagaan yang sangat istimewa ketika hayat operasinya seperti penyelengg­araan tekanan, penjajaran, pemeriksaa­n kerosakan dan pengukuran kedalaman bunga tayar, malah semua ini tidak relevan sewaktu tayar dalam simpanan.

Walaupun begitu, sesetengah pengeluar tayar mengesyork­an supaya tayar yang berusia lebih 10 tahun dari tarikh pembuatann­ya dihentikan penggunaan­nya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia