Harian Metro

Air bateri terkeluar

-

Saya menggunaka­n kereta Perodua Myvi selama tiga tahun dan baru-baru ini air bateri keluar dari lubang udara pada skru plastik untuk menambah air bateri. Adakah ia berbahaya? Untuk makluman enjin kereta ini adalah standard dan tidak pernah melakukan pengubahsu­aian.

Amirul Fahmi, Pasir Gudang, Johor

Air bateri atau elektrolit hanya keluar jika bateri anda terlebih caj atau ia tidak dipasang kemas dan bergoyang sewaktu bergerak menyebabka­n elektrolit berkocak dan keluar. Jika alternator tidak berfungsi dengan baik dan terlebih caj ia mampu membahayak­an kerana bateri boleh meletup.

Periksa voltan yang dikeluarka­n alternator dan jika ada meter voltan, anda boleh melakukann­ya sendiri dengan menghubung­kan terminal seperti sepatutnya dan periksa bahawa voltan tidak melebihi 13.5v atau 14.0v sewaktu rpm enjin dilajukan.

Hayat bateri tidak menentu, bergantung pada jenis, kualiti dan suhu operasi enjin kerana enjin yang selalu dipandu dalam keadaan panas akan memendekka­n hayat bateri begitu juga kereta dengan transmisi auto. Periksa juga bahawa semua wayar diikat kemas pada terminal dan tiada sisa putih melekat pada terminal bateri anda. Kereta Proton Saga SV saya mengalami masalah brek kurang mencengkam pada bahagian belakang. Setiap kali membrek ia akan menyentap dan menjunam ke depan serta ada bunyi geseran. Apakah yang menyebabka­n masalah ini?

Fadzli Abd Hamid, Pandan Indah, Kuala Lumpur

Periksa pelapik brek kereta anda sama ada ia sudah menipis dan haus. Pelapik brek yang haus

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia