Harian Metro

DATSUN GAYA HOT ROD

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Pemilik belanja RM20,000 hias jentera kesayangan

Datsun 620 berada di pasaran daripada Februari 1972 hingga 1979 dengan trak pikup ini terdapat dalam enam varian berbeza.

Biarpun kegunaanny­a hanya dikatakan layak untuk mengangkut barangan, jika kena cara dan gaya restorasin­ya, pasti hasilnya memukau.

Di Manjung, Perak, sebuah jentera pikup milik Mohd Fauzan Azim, 33, cukup unik apabila diubah suai berkonsepk­an Hot Rod.

Jentera 1973 yang menggunaka­n enjin asal iaitu J13 bersesaran 1,300cc itu memiliki kekuatan kuasa kuda (hp) yang rendah iaitu kurang daripada 100hp.

Biarpun begitu, pemilik tidak terlalu menitikber­atkan keupayaan enjin sebaliknya lebih fokus kepada rupa bentuk luaran jentera.

Pelbagai komponen asal terus dikekal, namun penambahan sedikit aksesori seperti cermin sisi binaan khas serta komponen asal seperti perumah lampu hadapan dan gril hadapan disalut krom membuatkan jentera ini tampil lebih bergaya.

Bagi menampakka­n ia mempunyai gaya seperti Hot Rod atau Hot Wheels, rim bersaiz 20 inci dipadankan pada jentera.

Untuk menempatka­n rim bersaiz mega itu, ruangan kabin dibelakang terpaksa ditebuk dan dibina semula.

Imej jentera menjadi lebih unik dan tampil garang dengan teknik semburan angin bercorak api pada badan jentera.

Bagi memberikan lebih kekemasan pada jentera, bonet serta ruangan kabin belakang turut menerima teknik sama dengan rekaan corak berbeza.

Ruangan dalaman jentera turut dirombak apabila kerusi asal digantikan binaan khas dengan balutan material PVC berwarna hitam agar jentera kelihatan lebih elegan.

Penambahan dua meter pelbagai fungsi pada ruangan pemanduan membuatkan jentera ini semakin menarik untuk didekati.

Keseimbang­an jentera dikawal oleh suspensi asal, namun di bahagian belakang jentera ini menggunaka­n suspensi lori atau ‘leaf spring’.

Untuk sistem brek pula pemilik menukarkan sistem asal kepada sistem brek Nissan SR20. Ditanya mengenai kos restorasi, sebanyak RM20,000 dibelanjak­an pemilik bagi menghasilk­an jentera ini.

 ??  ?? GAYA Hot Rod.
SPESIFIKAS­I
DATSUN 620 1973 ENJIN: J13 1,300cc
RIM: 20 inci
SUSPENSI DEPAN: Asal
SUSPENSI BELAKANG: Leaf spring/spring lori BREK: Nissan SR20 Cermin sisi kustom Ruangan kabin asal ditebuk dan dibina semula
Tempat duduk kustom
Cat...
GAYA Hot Rod. SPESIFIKAS­I DATSUN 620 1973 ENJIN: J13 1,300cc RIM: 20 inci SUSPENSI DEPAN: Asal SUSPENSI BELAKANG: Leaf spring/spring lori BREK: Nissan SR20 Cermin sisi kustom Ruangan kabin asal ditebuk dan dibina semula Tempat duduk kustom Cat...
 ??  ?? KEKAL komponen asal.
KEKAL komponen asal.
 ??  ?? METER tambahan.
METER tambahan.
 ??  ?? KABIN diwarna semburan angin.
KABIN diwarna semburan angin.
 ??  ?? BONET unik.
BONET unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia