Harian Metro

Kiah Pekasam kisah cemerlang

- Noriah Idris rencana@hmetro.com.my

Semangat luar biasa dikongsi ibu bersama anak-anak bangunkan industri

kampung hingga menjadi kilang

Ramadan lalu, wanita ini tidak menang tangan menyediaka­n ikan jeruk atau pekasam bagi memenuhi tempahan pelanggan. Jika dulu sebanyak 2,500 paket ditempah setiap bulan, kini lebih berikutan permintaan semakin berganda hingga mencecah 6,000 paket.

Sambutan itu membuatkan Kiah Abdullah bersama kakitangan­nya bekerja keras bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Kini jenama Kiah Pekasam yang sudah berusia 37 tahun terus mencipta kecemerlan­gan, sekali gus mencetus semangat luar biasa buatnya.

“Alhamdulil­ah, apa yang saya usahakan selama ini untuk memberikan kehidupan lebih selesa kepada anak-anak tercapai. Kalau boleh, saya mahu mereka meneruskan legasi perniagaan ini sebagai sandaran masa depan keluarga. Saya lihat bangsa Cina, mereka didik anakanak berniaga sejak kecil dan saya cuba lakukan perkara sama.

“Saya turunkan semua resipi dan pengalaman kerana yakin mereka mampu melonjakka­n perniagaan ini asalkan mereka gigih, ikhlas serta beristiqam­ah,” katanya.

Menurutnya, perusahaan kampung itu dijalankan sebaik saja mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Ahmad Mazlan Abd Rashid yang pada awalnya sekadar ‘suka-suka’ dan diusahakan secara kecil-kecilan. Melihat sambutan terhadap ikan pekasam semakin maju, mendorongn­ya untuk lebih serius dalam perniagaan itu.

Bermodalka­n RM100, ditambah pula persaingan dengan pengusaha ikan pekasam lain ketika itu yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan, mereka bersaing secara sihat. Sehingga kini dia bangga kerana mampu mendirikan kilang sendiri dan segala tempahan dilakukan tepat mengikut perancanga­n.

Bagaimanap­un jodohnya tidak panjang dan pasangan ini berpisah 14 tahun lalu dan kini

Kiah tidak bersendiri­an memacu perniagaan apabila dibantu anakanakny­a. Kegigihan ibunya menyiapkan bekalan ikan pekasam membuatkan anak sulungnya, Yang Zaharah Ahmad Mazlan, 39, terpanggil untuk bersama si ibu meneruskan perniagaan mereka.

Usaha tidak kenal jemu itu berjaya meraih pelbagai hadiah peringkat negeri serta kebangsaan sebagai usahawan cemerlang, mendorong dua beranak ini merangka skala perniagaan lebih besar.

Menurutnya, anak sulungnya banyak membantu terutama menerajui bahagian pemasaran bagi memastikan produk mereka melangkah lebih jauh.

Sementara anak kedua, Noor Faizah, 29, bekerja makan gaji tapi apabila waktu terluang akan memberi komitmen pada perniagaan keluarga.

Anak ketiga, Mohamad Fazil, 26, membantu dari segi penyelengg­araan bekalan dan memastikan keperluan mencukupi. Lebih memberangs­angkan lagi, isteri Mohamad Fazil iaitu Shazwani Zulkifli, 26, gigih menjual ikan pekasam di pasar malam atau pasar tani dengan sambutan luar jangkaan.

Kata Kiah, walaupun menjalanka­n perniagaan berasaskan ikan pekasam yang mungkin dipandang sepi oleh segelintir masyarakat, dia tetap bangga dengan rezeki Allah.

“Contohnya, penggambar­an drama bersiri di televisyen menggunaka­n nama ‘Kiah Pekasam’ lakonan Rozita Che Wan atau Cik Ta, adalah rezeki tidak terduga buat kami.

“Apapun, kami sentiasa berusaha memastikan ikan pekasam kami terus ada penambahba­ikan dari semasa ke semasa supaya perniagaan terus produktif,” katanya.

 ??  ?? ANTARA ikan pekasam yang sedia untuk dijual
PROFIL
Nama: Kiah Abdullah Umur: 59 tahun
Status: Ibu tunggal Asal: Lenggong, Perak Jawatan: Pengarah Urusan Kiah Pekasam Enterprise
Anak: Yang Zaharah Ahmad Mazlan (39), Mohd Faizal (38), Noor Faizah...
ANTARA ikan pekasam yang sedia untuk dijual PROFIL Nama: Kiah Abdullah Umur: 59 tahun Status: Ibu tunggal Asal: Lenggong, Perak Jawatan: Pengarah Urusan Kiah Pekasam Enterprise Anak: Yang Zaharah Ahmad Mazlan (39), Mohd Faizal (38), Noor Faizah...
 ??  ?? KIAH bersama produk Kiah Pekasam
KIAH bersama produk Kiah Pekasam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia