Harian Metro

Kanser serviks tiada tanda

-

Suntikan vaksin kepada

remaja perempuan bersekolah

bantu cegah kes

Kanser serviks adalah kanser ketiga bagi wanita selepas kanser payudara dan kanser usus. Mengikut data terbaru 2016, kanser ini paling kerap menimpa kaum Cina diikuti Melayu dan India. Ia sering berlaku pada wanita berusia 25 hingga 59 tahun.

Kanser ini berlaku pada tisu rahim yang terletak pada bahagian pangkal rahim. Oleh itu, kanser ini juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh jangkitan virus iaitu Human Pappiloma Virus atau HPV iaitu sebanyak 90 peratus daripada kes.

Selain jangkitan virus, ia juga dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti merokok. Wanita yang mula aktif hubungan seks pada usia muda serta mempunyai ramai pasangan turut berisiko. Penggunaan pil perancang untuk tempoh masa lama juga dipercayai berisiko mendapat kanser serviks.

Tidak semua mempunyai simptom terutamany­a pada peringkat awal kanser ini. Kebanyakan­nya tidak mempunyai sebarang tanda. Pendarahan luar biasa pada kemaluan dan rembesan cecair luar biasa pada kemaluan antara simptom kanser serviks. Pesakit juga ada kalanya mengadu sakit ketika bersama suami.

Pemeriksaa­n klinikal sahaja tidak memadai untuk mengesahka­n seseorang itu menghidap kanser serviks atau tidak. Pap smear dapat membantu tetapi ia tidak selalu tepat.

Sampel darah juga tidak dapat mengenal pasti masalah ini. Paling utama untuk pengesahan ialah dengan mengambil tisu pangkal rahim dan dihantar ke makmal. Ia dipanggil biopsi.

Selepas disahkan, beberapa ujian lain perlu dilakukan untuk menentukan tahap kanser berkenaan. Pesakit akan dikelaskan ke empat tahap bergantung pada ujian lain seperti CT scan. Daripada pengkelasa­n ini, kaedah rawatan akan dikenal pasti.

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang semuanya bergantung pada tahap kanser serviks berkenaan. Ia sama ada memerlukan pembedahan, terapi radio ataupun kemoterapi.

Ada kalanya kombinasi rawatan juga akan dilakukan. Ini untuk memastikan kanser dapat dikawal. Apa yang utama ialah pencegahan.

Mengenal pasti sebarang jenis kanser pada peringkat awal amat penting. Ujian saringan pap smear perlu dijalankan secara berkala. Ini untuk memastikan rawatan awal serta mengelakka­n kanser daripada mula merebak dan susah dikawal.

Pengenalan vaksin untuk virus Human Papilloma kepada remaja bersekolah amat tepat dan membantu mengurangk­an kes kanser serviks. Bagi mereka yang belum mengambil vaksin ini, berbincang­lah dengan doktor peribadi untuk memulakan ujian saringan dan suntikan vaksin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia