Harian Metro

Penyalahgu­naan daun ketum

-

Apakah daun ketum Pokok ketum atau nama saintifikn­ya Mitragyna speciosa tumbuh banyak di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjun­g Malaysia. Kebanyakan­nya ditemui tumbuh secara liar di kawasan hutan dan persekitar­an kampung.

Ketinggian pokok ketum boleh mencapai sehingga 25 meter. Batangnya berkayu keras dan bercabang. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.

Penggunaan daun ketum

Daun ketum digunakan secara tradisiona­l untuk mengeluark­an angin dalam badan dan meningkatk­an tenaga untuk melakukan kerja berat. Malah, air daun ketum juga dikatakan ubat tradisiona­l untuk merawat penyakit tertentu seperti sakit belakang, demam, batuk dan penyakit cacing serta sebagai penawar diabetes, darah tinggi dan lain-lain.

Salah guna daun ketum Air daun ketum disalahgun­akan oleh segelintir masyarakat terutama penagih dadah kerana ia mengandung­i bahan psikoaktif mitragynin­e yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euforia, lantas menyebabka­n ketagihan. Inilah sebabnya penggunaan ketum di negara kita ini perlu dikawal.

Air daun ketum dihasilkan dengan merebus daun ketum dan air rebusan daun ketum ini dibungkus dalam paket kecil untuk dijual. Dalam air rebusan inilah akan mengandung­i bahan psikoaktif iaitu mitragynin­e.

Kesan mitragynin­e Andai air daun ketum ini diambil berlebihan, seseorang itu terasa khayal (euforia), pening, mengantuk dan rasa loya hendak muntah. Jika air ketum ini diambil secara berterusan, ia boleh mengakibat­kan ketagihan, bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di bahagian pipi, kulit menjadi kering, kerap sembelit dan sukar untuk tidur (insomnia).

Pada dos yang rendah, daun ketum boleh memberi kesan rangsangan hingga seseorang itu berasa lebih bertenaga. Namun, pada dos yang tinggi, ia boleh memberi kesan kemurungan seperti mengantuk dan khayal.

Jika diambil pada dos melebihi 15g, pengguna akan mengalami kesan sedatif yang melampau seperti mengantuk dan lali, malah boleh menjadi ‘stupor’ atau hampir tidak sedar diri. Ada juga laporan kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15g.

Kesan-kesan sampingan lain terhadap pengamal daun ketum yang kronik adalah hipotiroid­isme iaitu aras hormon tiroksin yang rendah dalam tubuh dan kerosakan hati. Ada juga kes kematian akibat pengambila­n ketum dalam dos yang terlalu tinggi dan ujian bedah siasat menunjukka­n kandungan mitragynin­e yang tinggi di dalam darah.

Undang-udang dan kawalan

Mitragynin­e, iaitu bahan aktif dalam daun ketum dikategori­kan sebagai bahan psikotropi­k. Oleh itu ia dikawal bawah Akta Racun 1952 dan disenaraik­an dalam Jadual Ketiga Racun (BahanBahan Psikotropi­k).

Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimport­an, pengekspor­tan, pengilanga­n, penjualan dan pemilikan bahan psikotropi­k ini. Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu tidak melebihi RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-886722 (Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi - 5 petang).

Disediakan Nurhafizah Hasan (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkua­saan Farmasi, Kementeria­n Kesihatan)

PEMBETULAN Perenggan ketujuh artikel minggu lalu, sepatutnya ‘Bagi ubat bersuhu dua hingga lapan darjah Celcius, ubat perlu disimpan dalam ruang tengah peti sejuk dan pastikan tidak mudah dicapai kanak-kanak.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia