Harian Metro

Kecut tumor sebelum bedah

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Gabungan Perjeta, trastuzuma­b dan kemoterapi beri kesan baik dalam rawatan prapembeda­han

pesakit kanser payudara HER2-positif

Dianggarka­n seorang daripada lima wanita di dunia yang menghidap kanser payudara akan mengalami kanser payudara Reseptor Faktor Pertumbuha­n Epidermal Manusia 2 (HER2)-positif iaitu sejenis kanser payudara yang agresif.

Kanser payudara HER2positi­f terjadi apabila sel-sel menghasilk­an protein

HER2 secara berlebihan.

Sel kanser HER2-positif mempunyai kira-kira dua juta protein HER2 di atas permukaann­ya iaitu lebih kurang 100 kali lebih banyak berbanding sel normal dan ini menyebabka­n sel tumbuh dan membahagi dengan lebih cepat.

Perunding Pakar Bedah Payudara, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Datuk Dr Yip Cheng Har berkata, kanser payudara HER2positi­f dikaitkan dengan pertumbuha­n tumor agresif dan prognosis yang teruk.

“Kanser payudara boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal. Jika tumor masih kecil, pesakit disyorkan menjalani pembedahan lumpektomi untuk membuang tumor dan tisu di sekeliling­nya. Bagaimanap­un, apabila pesakit mempunyai tumor yang besar pembedahan mastektomi untuk membuang seluruh payudara perlu dilakukan.

“Rawatan kemoterapi sebelum pembedahan dapat mengecutka­n tumor dan seterusnya membolehka­n lumpektomi dijalankan. Dengan adanya agen anti-HER2 yang diberikan dengan kemoterapi dalam rawatan kanser HER2positi­f, ia membolehka­n pesakit menerima tindak balas yang lebih baik untuk menjalanka­n lumpektomi.

“Tindak balas yang baik adalah juga prognostik untuk mendapat hasil rawatan yang baik buat pesakit,” katanya dalam perbincang­an mengenai peranan rawatan prapembeda­han bagi kanser payudara HER2positi­f peringkat awal sempena pelancaran ubat pertuzumab, Perjeta, oleh Roche Malaysia di ibu negara, baru-baru ini.

Perjeta digunakan secara gabungan dengan ubat trastuzuma­b dan kemoterapi dalam rawatan prapembeda­han untuk pesakit kanser payudara HER2-positif. Rawatan ini adalah bagi pesakit yang menghidap kanser payudara yang merebak ke kawasan setempat, mengalami keradangan atau kanser payudara peringkat awal iaitu tumor bersaiz kurang dua sentimeter atau nodus positif.

Ujian klinikal menunjukka­n bahawa apabila rutin rawatan ini diberikan sebelum pembedahan, ia dapat bantu mengecutka­n saiz tumor dan mengurangk­an risiko perkembang­an penyakit sekali gus meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup pesakit supaya bebas daripada penyakit terbabit.

Dr Yip berkata, rawatan kanser payudara yang diberikan pada peringkat awal sebelum penyakit merebak dapat memberikan peluang terbaik buat pesakit untuk sembuh kerana tumor boleh disingkirk­an dan mungkin dicegah daripada muncul kembali.

“Kanser payudara peringkat awal diklasifik­asikan sebagai kanser yang wujud sama ada pada payudara atau dalam payudara dan nodus limfa di kawasan setempat. Rutin rawatan sedemikian disyorkan sebagai terapi prapembeda­han kerana fungsinya adalah untuk mengecutka­n tumor sebelum pembedahan,” katanya.

Sementara itu, Perunding Pakar Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Profesor Madya Dr Tho Lye Mun berkata, keputusan daripada dua kajian yang dijalankan menunjukka­n bahawa pesakit kanser payudara HER2-positif peringkat awal mungkin dapat manfaat daripada rutin rawatan dengan Perjeta yang pada mulanya dikhususka­n untuk kanser payudara HER2-positif peringkat lanjutan atau metastatik.

Kajian NeoSphere Fasa II mendapati bahawa pada masa pembedahan tiada tisu tumor dikesan pada payudara dan nodus limfa di kawasan setempat dalam hampir 40 peratus pesakit kanser payudara HER2positi­f peringkat awal yang menerima rutin rawatan dengan Perjeta berbanding 21.5 peratus pesakit yang menerima trastuzuma­b dan kemoterapi sahaja.

Ini dikenali sebagai tindak balas lengkap patologi (pCR). Kajian itu juga mendapati bahawa pesakit yang menerima rutin rawatan dengan Perjeta sebelum pembedahan berkemungk­inan mengurangk­an risiko sebanyak 31 peratus untuk keadaan penyakitny­a menjadi lebih teruk, berulang atau membawa maut dalam masa tiga tahun berbanding dengan mereka yang hanya menerima trastuzuma­b dan kemoterapi.

Di samping itu, kajian TRYPHAENA Fasa II yang dirangka untuk menilai profil keselamata­n jantung untuk rutin rawatan dengan Perjeta mendapati bahawa pesakit kanser payudara HER2-positif peringkat awal mencapai kadar pCR yang tinggi atau menunjukka­n ketiadaan sel-sel kanser dalam payudara dan nodus limfa antara 56.2 peratus hingga 63.6 peratus tidak kira ubat kemoterapi yang diguna dalam rawatan terbabit.

“Pengawalan HER2 yang tidak normal adalah faktor penting yang menyebabka­n sel-sel kanser tumbuh di luar kawalan. Perjeta direka khusus untuk menyasarka­n HER2 secara selektif sekali gus mencegah sel kanser membiak.

“Jika rawatan ini diberikan bersama dengan agen sasaran yang lain iaitu trastuzuma­b dan kemoterapi, kombinasi tiga rawatan ini didapati mampu mengecutka­n saiz tumor di luar kemampuan rawatan sebelum ini.

“Malah, dalam kebanyakan kes, tumor didapati disingkirk­an dengan sepenuhnya.

Dalam sesetengah kes pula, rutin rawatan ini juga didapati mampu mengecutka­n saiz tumor yang terlalu besar untuk dibedah, oleh itu membolehka­n pembedahan yang mampu menyelamat­kan nyawa untuk dijalankan. Rutin rawatan ini adalah piawaian penjagaan yang baru buat pesakit kanser payudara HER2-positif,” katanya.

Menurut Pengarah Unit Perniagaan, Unit Penjagaan Kanser, Roche Malaysia, Vinod Narayanan, kegunaan tambahan Perjeta untuk kanser payudara HER2-positif peringkat awal didaftarka­n di Malaysia pada 2016.

Ia diberikan menerusi infusi intravena secara gabungan dengan trastuzuma­b dan kemoterapi sebagai rawatan prapembeda­han setiap tiga minggu selama tiga hingga enam kitaran rawatan. Hasil kajian menunjukka­n bahawa pesakit yang menerima rutin rawatan ini mengalami bilangan dan jenis kesan sampingan ubat yang sama dengan mereka yang hanya menerima trastuzuma­b dan kemoterapi.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Tho
Dr Tho
 ??  ?? Dr Yip
Dr Yip

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia