Harian Metro

Kian ramai warga tua didera

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Seorang daripada enam warga tua dikatakan mengalami penderaan dalam pelbagai bentuk, dan nisbah ini adalah lebih tinggi berbanding anggaran terdahulu, malah dijangka meningkat dalam populasi tua di seluruh dunia.

Melalui kajian terbaru yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diterbitka­n dalam Lancet Global Health mendapati kira-kira 16 peratus warga tua berusia lebih 60 tahun mengalami penderaan psikologi sebanyak 11.6 peratus, penderaan kewangan

(6.8 peratus), pengabaian (4.2 peratus), penderaan jasmani (2.6 peratus) dan penderaan seksual (0.9 peratus).

Penyelidik­an dalam kajian ini mengambil bahan bukti daripada 52 kajian di 28 negara dari pelbagai wilayah termasuk 12 negara berpendapa­tan sederhana dan rendah.

Penderaan warga tua didefinisi­kan sebagai tindakan atau kurang tindakan wajar yang menyebabka­n bahaya atau kesengsara­an kepada indvidu berusia lanjut yang terjadi dalam sebarang perhubunga­n yang berdasarka­n kepercayaa­n. Semua jenis penderaan warga tua boleh mendatangk­an impak terhadap kesihatan dan kesejahter­aan mereka.

Bagi penderaan psikologi, ia paling meluas berlaku termasuk tingkah laku yang membahayak­an harga diri warga tua itu seperti panggilan nama kurang elok, perlakuan menakut-nakutkan, tindakan memalukan, memusnahka­n harta benda atau menghalang mereka bertemu rakan atau ahli keluarga.

Penderaan kewangan pula meliputi penyalahgu­naan wang, harta atau aset seseorang warga tua secara haram. Mengabaika­n atau gagal memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan penjagaan perubatan.

Penasihat Kesihatan Kanan, Jabatan Penuaan dan Kesejahter­aan Hidup WHO, Alana Officer berkata, kesedaran mengenai penderaan warga tua sebahagian besarnya masih dianggap perkara yang dilarang untuk dibicaraka­n di mana-mana negara.

“Penderaan terhadap warga tua makin meningkat dan bagi 141 juta warga tua seluruh dunia, ini adalah beban serius bukan saja individu malah masyarakat.

Kita perlu berusaha gigih mencegahny­a dan bertindak terhadap peningkata­n jumlah pelbagai bentuk penderaan ini.

“Kesan penderaan terhadap kesihatan termasuk kecederaan trauma dan kesakitan, malah mangsa turut berdepan kemurungan, tekanan dan kebimbanga­n. Penderaan warga tua juga boleh membawa ke peningkata­n risiko menempatka­n mereka di rumah kebajikan, penggunaan perkhidmat­an kecemasan, hospital dan kematian.

“Selain jumlah kes dan akibat kesihatan yang serius, penderaan warga tua kekal sebagai satu daripada jenis keganasan yang paling kurang disiasat dalam tinjauan kebangsaan. Ia juga paling kurang dibangkitk­an dalam pelan negara bagi mencegah keganasan,” katanya.

Katanya, menjelang 2050 bilangan individu berusia 60 tahun ke atas akan berganda untuk mencapai dua bilion orang di seluruh dunia dengan sebahagian besarnya menghuni di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Sekiranya bilangan mangsa penderaan warga tua tetap berterusan, jumlah individu yang terkesan akan meningkat dengan pesat kepada 320 juta mangsa pada 2050 disebabkan oleh populasi tua yang bertambah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit, Ketidakupa­yaan, Keganasan dan Pencegahan Kecderaan WHO, Dr Etienne Krug berkata, penderaan warga tua sememangny­a jarang dibincangk­an dalam polisi sedangkan kerajaan mesti melindungi semua pendudukny­a daripada keganasan.

“Kita mesti berusaha untuk memberi penerangan mengenai cabaran masyarakat yang penting ini, memahami cara terbaik untuk menghalang­nya dan membantu melaksanak­an langkah-langkah yang diperlukan.

“Pada Mei 2016, Menteri Kesihatan mengguna pakai Strategi Global dan Pelan Tindakan Terhadap Penuaan dan Kesihatan di Perhimpuna­n Kesihatan Sedunia.

Strategi ini menyediaka­n panduan untuk tindakan yang diselarask­an di negara-negara supaya sejajar dengan matlamat pembanguna­n mampan yang digariskan WHO,” katanya.

Katanya, dalam strategi berkenaan tindakan utama dijalankan termasuk meningkatk­an kajian mengenai kekerapan penderaan warga tua terutamany­a di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana di Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika yang ketika ini tidak banyak maklumat mengenainy­a

“Mengumpul bukti dan menggarisk­an panduan dalam usaha yang memberi pencegahan berkesan dan bertindak terhadap aduan penderaan warga tua. Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu menilai usaha sedia ada seperti latihan kepada penjaga, penggunaan talian bantuan dan menerbitka­n kajian diperoleh.

“Kerajaan juga mesti menyokong negara lain untuk mencegah penderaan warga tua dan melakukan tindakan yang sewajarnya dalam usaha berkenaan,” katanya.

Antara jenis keganasan paling kurang disiasat

dalam tinjauan kebangsaan

 ??  ?? PENDERAAN warga tua menjejaska­n kesihatan dan kesejahter­aan mereka.
PENDERAAN warga tua menjejaska­n kesihatan dan kesejahter­aan mereka.
 ??  ?? ALANA
ALANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia