Harian Metro

Kanser paling sukar dirawat

-

merangkumi pundi hempedu dan duktus hempedu. Ia organ kedua terbesar dalam badan yang kaya dengan darah, berbentuk baji, terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti baji atau piramid dan terbahagi kepada dua bahagian - kiri dan kanan.

Tidak seperti organ lain, hati menerima bekalan darah daripada dua sumber iaitu arteri hepatik (membekalka­n darah beroksigen) dan portal vena yang membawa darah mengandung­i nutrien daripada usus kecil ke hati.

Fungsi utama hati ialah menapis dan memproses darah daripada bahan toksik, menghasilk­an cecair hempedu (bagi membantu pencernaan lemak); membantu sintesis protein darah, glukos dan kolesterol; membantu proses metabolism­e

(ubat, vitamin, alkohol, hemoglobin); sebagai stor penyimpan (untuk vitamin larut lemak, zat besi dan glikogen); agen penyingkir­an (menyingkir­kan sel darah merah yang mati dan bahan sisa metabolism­e) dan meningkatk­an daya ketahanan badan.

Pakar Onkologi Klinikal, Jabatan Onkologi dan Radioterap­i Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam pula menjelaska­n HCC juga adalah kanser kedua paling kerap berlaku dalam saluran penghadama­n dalam kalangan lelaki di Malaysia yang kebanyakan­nya membabitka­n kaum Cina diikuti Melayu dan India.

“Penyebaran HCC seolah-olah mengikut corak perkauman di negara ini yang mana ia amat tinggi dalam kalangan orang Cina berusia lebih 60 tahun.

“Namun tanpa mengira kaum dan latar belakang,

 ??  ?? (DARI kiri) Pengurus Komunikasi Bayer Karen Koh bersama Ros , Josep, Bong serta Ganesh pada ulang tahun ke-10 Sorafenib baru-baru ini.
(DARI kiri) Pengurus Komunikasi Bayer Karen Koh bersama Ros , Josep, Bong serta Ganesh pada ulang tahun ke-10 Sorafenib baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia