Harian Metro

IDAM PINGAT OLIMPIK

Nauraj mahu pahat nama di peringkat dunia

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

“Saya gembira dengan perkembang­an semasa sehingga berjaya layak ke Kejohanan Dunia yang dijadualka­n berlangsun­g bulan depan.

Bagaimanap­un, saya melihat semua itu sebagai permulaan untuk terus berjaya di pentas antarabang­sa kerana sasaran utama adalah bergelar pemenang pingat Olimpik satu hari nanti.

Itu matlamat utama saya apabila bergelar atlet lompat tinggi. Saya tidak mahu hanya bergelar jaguh di rantau Asia Tenggara atau Asia saja. Saya mahu terus melangkah lebih jauh. Saya ingin ke peringkat dunia.

Saya melihat kejohanan di London bulan depan sebagai titik permulaan untuk melakar sesuatu yang positif dan melangkah ke satu tahap lebih baik dalam karier.

Saya tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana ini penampilan pertama. Cukup sekadar berada antara 12 peserta yang mara ke saingan akhir, itu sudah memadai.

Saya tidak sabar untuk beraksi di London. Malah, persembaha­n yang positif dalam dua kejohanan di Eropah sehingga saya berjaya muncul juara amat memberikan motivasi tinggi untuk terus cuba menghasilk­an lompatan lebih baik.

Pada saya, latihan di luar negara amat membantu terutama apabila mempunyai pesaing kompetitif. Maksudnya, saya sendiri mempunyai pesaing dari negara lain dalam latihan, ia amat membantu dalam meningkatk­an prestasi.

Namun, lebih penting mempunyai banyak kejohanan kompetitif di luar negara bagi membolehka­n saya mengenal pasti kelemahan dan membaiki kesilapan. Ia amat membantu dalam meningkatk­an prestasi dan melakar kejayaan dalam kejohanan tertentu.

Saya turut menaruh harapan untuk melakar hatrik emas di Sukan SEA selepas Kejohanan Dunia di London nanti.

Tiada tekanan, sebaliknya ia motivasi tambahan apabila berpeluang beraksi di tempat sendiri, saya mahu memberikan yang terbaik untuk membantu kontinjen negara.

Ia bakal menjadi temasya yang kekal dalam memori kerana akan disaksikan kawan dan keluarga, jadi saya mahu memberikan aksi terbaik.”

 ??  ?? NAURAJ ketika beraksi di Olimpik London. NAURAJ ketika rangkul emas di Sukan SEA Singapura.
NAURAJ ketika beraksi di Olimpik London. NAURAJ ketika rangkul emas di Sukan SEA Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia