Harian Metro

BERSUAMI LELAKI LEMBUT

- Kuala Lumpur Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Dia antara lelaki bertuah kerana memiliki isteri yang taat, sopan, cantik dan 10 tahun lebih muda daripadany­a, malah, bapa kepada enam anak ini yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 55, amat disayangi keluarga mentua.

Namun, siapa tahu, Ismail yang berperwata­kan lembut dan menjadi antara lelaki yang berani mencukur serta membentuk bulu kening, kini mengecapi kehidupan bahagia bersama isteri yang dikenali sebagai Ros.

Hidup berumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu sebenarnya banyak mengubah perwatakan dirinya menjadi seorang lelaki sejati.

“Saya sekarang lebih senang menyimpan kumis nipis dan sejemput janggut di bawah dagu.

“Mungkin ini akan nampak saya lebih lelaki walaupun perwatakan masih lembut.

“Lenggok lembut itu masih susah untuk saya buang kerana itu diri saya sendiri. Biarlah apa orang nak kata asalkan sekarang saya berjaya mendidik anak sehingga mereka berjaya memiliki kerja tetap dan memasuki universiti.

“Lelaki lembut juga lelaki tulen walaupun ramai yang menganggap golongan seperti ini adalah ‘nyah’, ‘bapuk’, ‘sotong’ ataupun pondan.

“Apa yang penting adalah pendirian kita dan sokongan daripada orang sekeliling,” katanya yang mempunyai anak berusia antara 18 hingga 27 tahun.

Menurut Ismail, lelaki lembut juga boleh melahirkan zuriat dan kemampuan untuk membahagia­kan isteri tidak perlu dipersoalk­an.

“Siapa kata lelaki lembut tidak boleh beri anak? Yang lembut itu hanya karakter tetapi kemampuan batin, kita tak tahu. Mungkin lebih kuat daripada lelaki tegap.

“Satu saja saya nak kongsi, kunci kebahagiaa­n kami adalah bersikap romantik dan ambil berat tentang keperluan isteri,” katanya.

Bercerita berkenaan perkenalan bersama isteri, Ismail berkata, dia sememangny­a tidak mengenali isteri pada mulanya.

“Percintaan kami hanya bermula selepas sah menjadi suami isteri. Jujur, kali pertama saya terpandang­kan wajah isteri yang manis bertudung, saya sudah tertarik.

“Saya serahkan semua urusan merisik kepada kakak dan awalnya semuanya tidak berjalan lancar kerana keperibadi­an saya yang lembut tidak disenangi oleh ibu kepada isteri.

“Saya pernah dimarahi oleh ibu kepada isteri ketika datang ke rumah mereka dan mempersoal­kan keadaan diri.

“Dia (ibu mentua) pernah bertanya, kalau betul nak kahwin dengan anak aku, tunjuk dulu yang kau boleh jadi jantan.

“Ungkapan itu ibarat kata keramat yang banyak mengubah hidup saya sebagai lelaki berjiwa lembut,” katanya.

Kata Ismail, akhirnya, ibu mentua mula menerima dia apabila anak sulungnya lahir yang juga cucu lelaki pertama dalam keluarga isteri.

“Ibu mula menerima saya bahkan hubungan kami kini amat rapat, sampaikan isteri pun kadang-kadang cemburu.

“Pernikahan ini adalah satu rahmat buat saya. Bagi saya, keputusan menikahi Ros adalah titik penghijrah­an yang amat besar dalam hidup saya,” ujarnya yang kini menetap di utara tanah air.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia