Harian Metro

2 MATI TOLONG ORANG

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Dua maut manakala tiga lagi penunggang motosikal parah dirempuh ketika berhenti bantu mangsa nahas

Lima penunggang motosikal yang berniat membantu mangsa kemalangan sebaliknya terpelanti­ng dirempuh kereta terbabas.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi semalam, dua daripada mangsa maut manakala tiga lagi cedera parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala Skudai berhampira­n pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, di sini.

Difahamkan semua penunggang motosikal itu berhenti di tepi jalan bagi membantu mangsa kemalangan yang berlaku sebelum itu membabitka­n beberapa kereta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd

Taib Ahmad berkata, ketika kejadian, sekumpulan penunggang motosikal berhenti di lorong paling kanan untuk memberi pertolonga­n mengalihka­n kenderaan mangsa kemalangan yang berlaku lebih awal.

“Mereka bagaimanap­un dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Persona yang terbabas ke kiri jalan dan melanggar kereta lain yang berada di kiri jalan,” katanya.

Beliau berkata, dua mangsa rakyat tempatan yang bekerja di Singapura, S Logess, 29, dan R Surendran (tiada maklumat umur) disahkan maut di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan itu juga menyebabka­n tiga lagi penunggang motosikal lelaki yang belum dikenal pasti identiti parah.

“Pemandu kereta Proton Persona yang berusia 29 tahun dilaporkan cedera ringan dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Taib berkata, semua mangsa cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??
 ??  ?? DUA lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala Skudai, semalam. Ketika kejadian, sekumpulan penunggang motosikal berhenti di lorong paling kanan untuk memberi pertolonga­n mengalihka­n kenderaan mangsa kemalangan...
DUA lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala Skudai, semalam. Ketika kejadian, sekumpulan penunggang motosikal berhenti di lorong paling kanan untuk memberi pertolonga­n mengalihka­n kenderaan mangsa kemalangan...
 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang dirempuh kereta terbabas.
KEADAAN motosikal mangsa yang dirempuh kereta terbabas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia