Harian Metro

TANGAN SETAN MAYA

Jururawat cemas bom dipasang pada kereta

- lapor Fuad Hadinata Yaacob dan Nur Izzati Izzah Nadzi

> Individu yang melekatkan bom buatan sendiri pada bampar kereta dipandu seorang jururawat wanita ketika pulang dari klinik, malam kelmarin dipercayai belajar membuat bahan letupan berkenaan melalui Internet. Bom berkenaan juga mampu membunuh selain letupannya boleh dirasai dalam lingkungan jarak 20 meter,

Individu dipercayai melekatkan bom buatan sendiri bersaiz botol air mineral kecil di bampar kereta Proton Saga dipandu seorang jururawat wanita di Taman Damai, di sini malam kelmarin dipercayai belajar membuat bahan letupan berkenaan melalui Internet.

Ini kerana beberapa komponen digunakan untuk membuat bom iaitu suis (pengaktif), bekas (badan), caj (letupan) dan sumber kuasa (bateri) serta wayar mudah didapati.

Kekuatan bom juga kemungkina­n boleh membunuh selain letupannya boleh dirasai dalam jarak 20 meter.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, jururawat wanita berusia 27 tahun yang memandu dari klinik tempat bekerja di Kapar untuk pulang ke rumah terdengar bunyi ‘beep, beep...beep’ dari dalam kenderaann­ya.

Bimbang perkara buruk berlaku, dia berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai untuk meminta bantuan berkaitan bunyi pelik terbabit.

 Jururawat terselamat kereta dinaiki dipasang bahan letupan buatan sendiri

Pemeriksaa­n bapa saudaranya menemui objek bersaiz botol air mineral kecil (500ml) yang diubah suai seperti bahan letupan dilekatkan menggunaka­n pelekat di bampar kereta mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sejurus dihubungi sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bergegas ke lokasi melakukan pemeriksaa­n.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati objek itu ialah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).

Menurutnya, IED adalah bom buatan sendiri dan ia boleh menyebabka­n letupan kecil serta mungkin boleh meragut nyawa.

“Ketika kejadian jururawat itu baru pulang dari bekerja di sebuah klinik sebelum terdengar bunyi ‘beep’ dari dalam keretanya. Berikutan itu, dia berhenti di rumah pak ciknya untuk meminta pertolonga­n.

“Pemeriksaa­n UPB mendapati ia IED iaitu bom buatan sendiri,” katanya di sini semalam.

Fadzil berkata, UPB memusnahka­n objek berkenaan di kawasan padang bola bersebelah­an Balai Polis Kapar menggunaka­n robot pemusnah bom (TEODOR) jam 2.30 pagi semalam.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan secara keseluruha­n dan memanggil mereka yang disyaki.

“Kami juga akan menyiasat motif,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan Seksyen 8 Akta Letupan 1957 yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, usaha menemu bual mangsa tidak berjaya berikutan dia tidak mahu ditemu bual media.

 ??  ??
 ??  ?? BOM yang ditemui. ANGGOTA forensik polis memeriksa kereta mangsa.
BOM yang ditemui. ANGGOTA forensik polis memeriksa kereta mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia