Harian Metro

MR BEAN SARAWAK

 Lelaki Albania menetap di Sarawak popular di alam siber ikut gaya pelawak Inggeris

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

“Lima tahun masa yang saya perlukan untuk menguasai pergerakan dan mimik muka karektor Mr Bean.

“Ia bukan semudah disangka, saya terpaksa melakukan banyak latihan dan perlu kerap menonton video lakonan Mr Bean,” kata Faiket Luari, peniru gaya Mr Bean yang menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Lelaki kelahiran Albania berusia 42 tahun tahun ini sudah menetap di Malaysia sejak 24 tahun lalu selepas berkahwin dengan Olivia Ho, 41, yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Faiket berkata, sepanjang berlatih meniru gaya Mr Bean, anak perempuan sulungnya, Odelia, 12, antara individu penting yang banyak membantu memantapka­n mimik terhadap karektor itu.

“Odelia akan menjadi pengkritik utama saya ketika meniru watak Mr Bean ini. Anak saya itu akan menegur penampilan saya ketika melakonkan semula watak berkenaan.

“Akhirnya, saya kini boleh berjalan dan senyum seperti Mr Bean. Tidak kurang juga dengan sokongan isteri yang secara tidak langsung memberikan semangat dan keyakinan kepada saya untuk tampil di khalayak ramai,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menceritak­an lanjut mengenai dirinya, Faiket berkata, selain seorang penghibur, dia juga jurulatih bengkel latihan dan perunding pemasaran yang menetap di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mula meniru gaya Mr Bean sejak 2012 selepas ada kenalan memberitah­u wajahnya iras karektor itu.

Katanya, sejak itu, dia akan menggunaka­n karektor Mr Bean itu sebagai tarikan ketika mengendali­kan bengkel latihan, motivasi dan seminar yang dilakukann­ya, sama ada dalam dan luar negara.

“Olivia (isteri) yang juga bekas peguam dan pengurus bank banyak membantu memberikan idea kreatif kepada saya setiap kali mengendali­kan bengkel latihan, motivasi dan seminar.

“Kini, kami bersama-sama menguruska­n syarikat Fivecat Production yang menawarkan perkhidmat­an latihan dan rundingan pemasaran,” katanya yang juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Feivel, 5.

Menurut Faiket, wajahnya yang mirip dengan Mr Bean itu bagaikan ‘anugerah’ kepadanya, tanpa perlu membuat sebarang pembedahan plastik.

“Ketika mula-mula meniru gaya Mr Bean ini, saya memang nampak kaku, tetapi hasil latihan berterusan, karektor ini semakin melekat dalam diri saya.

“Bahkan, ia semakin diterima orang ramai malah ada yang menyangka saya Mr Bean sebenar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FAIKET ketika melakukan persembaha­n di SRK Sri Mawar, Miri. FAIKET bersama anak patung yang sering digunakan dalam watak Mr Bean sebenar.
FAIKET ketika melakukan persembaha­n di SRK Sri Mawar, Miri. FAIKET bersama anak patung yang sering digunakan dalam watak Mr Bean sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia