Harian Metro

BERTEMU BIDAN TERJUN SAMBUT LAHIR

Remaja bertemu anggota polis sambut kelahiran 10 tahun lalu

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Sambutan Aidilfitri tahun ini menjadi detik paling manis buat Nur Aleeya Jasmine Muhammad Shahril, 10, apabila dipertemuk­an semula dengan dua anggota polis yang menyambut kelahirann­ya di hadapan pintu rumah keluargany­a di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas 10 tahun berlalu.

Pertemuan penuh bermakna itu diaturkan Harian Metro di kediaman keluargany­a di Jalan Klang Lama, di sini, semalam sekali gus menggamit semula memori mengenai kejadian menimpa ibunya Rossdiana Faddly, 38, dan bapa Muhammad Shahril Daud, 40.

Buat pertama kalinya, Nur Aleeya Jasmine turut berasa teruja dipertemuk­an dengan Koperal Mohd Zahri Ramzan yang juga individu menyelamat­kan nyawanya ketika dilahirkan.

Nur Aleeya Jasmine yang lebih mesra disapa sebagai Puteri kini belajar di tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Perdana, Jalan Klang Lama dan berada dalam keadaan sihat serta tidak menghadapi sebarang komplikasi akibat kelewatan kelahiran kira-kira dua jam.

Rossdiana berkata, dalam tempoh 10 tahun selepas kejadian itu, dia tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anggota polis berkenaan, sebaliknya hanya suaminya sahaja pergi ke Balai Polis Wangsa Maju untuk berjumpa dengan Zahri bagi mengucapka­n terima kasih.

“Seminggu selepas melahirkan Puteri, suami ada pergi ke Balai Polis Wangsa Maju untuk mengucapka­n terima kasih kepada anggota berkenaan namun saya tidak dapat pergi kerana masih dalam keadaan berpantang.

“Selepas itu, kami sekeluarga memang tidak pernah berjumpa dengan Zahri dan tidak tahu cara untuk menghubung­i anggota berkenaan, malah tidak dapat mengecam raut wajahnya,” katanya.

Nur Aleeya Jasmine berkata, sebelum ini kisah pengalaman itu hanya diceritaka­n oleh ibu bapa serta dua kakaknya, namun tidak menyangka dapat bertemu dengan individu yang menyelamat­kannya di depan mata, semalam.

“Terima kasih kepada pak cik Zahri kerana membantu saya, 10 tahun lalu. Apabila mendengar pertemuan ini diaturkan, saya memang tidak sabar untuk berjumpa dengannya,” katanya yang cuba menyembuny­ikan perasaan sedih dan terharu.

Sementara itu, Muhammad Shahril berkata, ketika Zahri bersama rakannya tiba di rumah mereka, separuh daripada badan Puteri sudah keluar tanpa bantuan mana-mana bidan.

“Kepala dan bahu Puteri sudah keluar, namun ia tersangkut pada bahagian pinggang mungkin kerana air ketuban sudah kering memandangk­an sudah dua jam menunggu ambulans yang tidak kunjung tiba.

“Tiada perkataan yang dapat diucapkan selain ribuan terima kasih kerana menyelamat­kan nyawa dua insan kesayangan ini. Terima kasih juga kepada Harian Metro kerana mengatur pertemuan ini,” katanya.

Harian Metro pada 3 Mei 2007 melaporkan seorang wanita terpaksa berbaring dan melahirkan bayinya di depan pintu rumah dibantu suami serta dua anggota polis - semuanya akibat ambulans dipanggil tidak kunjung tiba walaupun selepas hampir dua jam menunggu.

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA Rossdiana dipertemuk­an semula dengan Mohd Zahri selepas 10 tahun.
KELUARGA Rossdiana dipertemuk­an semula dengan Mohd Zahri selepas 10 tahun.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 3 Mei 2007.
LAPORAN Harian Metro 3 Mei 2007.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia