Harian Metro

ABANG LEMBAM, IBU DITAHAN

 Budak perempuan maut didera  Ibu, abang lembam ditahan

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan yang ditemui mati dengan kesan lebam di belakang kepala dan tubuhnya, semalam dipercayai sering menjadi mangsa ibunya melepaskan geram kerana berdepan tekanan hidup kerana kesempitan kewangan disebabkan tiada pekerjaan tetap.

Lebih memilukan dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa ditemui ibunya berusia 40-an yang juga ibu tunggal terbaring tidak sedarkan diri ketika dia pulang ke bilik sewa lalu meminta bantuan penyewa lain untuk dihantar ke hospital.

Difahamkan, mangsa dan ibunya tinggal bersama abang kanak-kanak itu yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 22 tahun di bilik sewa rumah kedai di Jalan Ros, di sini, sejak tahun ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, penyewa lain menghubung­i Hospital Segamat sebelum pasukan perubatan tiba dan membawa mangsa ke wad kecemasan untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Katanya, ibu mangsa tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, untuk membuat laporan berhubung kejadian itu jam 6 pagi sebelum dia dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya di dalam bilik sewa mereka di tingkat dua premis rumah kedai di Jalan Ros, di sini, pada jam 1 pagi semalam.

“Sebelum itu, ibunya dikatakan meninggalk­an kanak-kanak perempuan itu bersama anak lelakinya kerana perlu ke bandar untuk bertemu rakannya sebelum pulang ke bilik sewa mereka,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, sebelum meninggalk­an dua anaknya, wanita berkenaan berpesan kepada anak lelakinya supaya menjaga adik perempuann­ya, namun terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sebaik pulang lalu meminta bantuan penyewa lain menghubung­i Hospital Segamat untuk rawatan.

Katanya, mangsa dibawa ke wad kecemasan hospital berkenaan, tetapi gagal diselamatk­an.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru di belakang kepala serta tubuh mangsa menyebabka­n kami percaya dia pernah dipukul sebelum ini.

“Bagaimanap­un, pihak polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Katanya, pihaknya menahan wanita dan anak lelakinya dan akan mendapatka­n perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Segamat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis menyiasat di lokasi kejadian. Bilik sewa ibu kanak-kanak perempuan yang maut dipukul (bulatan).
ANGGOTA polis menyiasat di lokasi kejadian. Bilik sewa ibu kanak-kanak perempuan yang maut dipukul (bulatan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia