Harian Metro

Doktor sesat diselamat pekerja Myanmar

-

Gua Musang: Hanya air sungai yang kotor dan berselut menjadi alas perut dan sumber tenaga buat seorang doktor gigi sepanjang hampir 24 jam terpisah daripada kumpulan pendaki dan tersesat sendirian di Gunung Yong Belar, di sini kelmarin.

Malah, pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Melaka itu hanya ditemui semalam oleh pekerja ladang sayur warga Myanmar yang kemudian membawanya keluar ke Masjid Lojing, di sini pada jam 3.50 petang.

Sebelum itu, dia terpaksa tidur beralaskan batu di tepi sungai di kawasan hutan berkenaan secara sendirian dengan berbalutka­n pakaian mendakinya.

Tiada selimut, mahupun beg tidur apatah lagi makanan untuk bekalannya mencari jalan keluar selepas tersesat di kawasan itu.

Dr Muhammad Iqbal Ariffin, 29, berkata, dia menyedari tersesat pada jam 6 petang kelmarin, selepas gagal menemui mana-mana daripada 30 rakan pendakinya ketika mereka turun dari Kem Kasut.

“Ketika menyedari saya tersesat, saya tidak cepat panik walaupun keadaan sudah beransur gelap ketika itu. Saya cuma cepat-cepat mencari sungai kerana ilmu hutan yang saya ingat ketika itu, apabila sesat perlu cari sungai untuk jalan keluar.

“Saya teruskan perjalanan menyusuri sungai sehingga jam 8.45 malam. Kemudian, saya berhenti rehat di atas batu tapi air sungai naik dan saya beralih ke tebing sungai.

“Saya berehat di situ dan terpaksa minum air sungai yang berselut dan kekuningan. Saya tiada pilihan lain kerana bekalan makanan dan minuman semuanya sudah habis ketika perjalanan turun dari puncak bermula jam 3.30 petang.

“Itu saja sumber yang ada dan saya tahan sehinggala­h saya tertidur di tepi sungai itu,” katanya.

Hanya berlapikka­n beg galas sebagai bantal, dia akui tidak lena lantas dia bersolat sunat dan berzikir supaya menemui jalan keluar.

Dr Muhammad Iqbal dilapor hilang ketika turun dari puncak gunung berkenaan jam 4.30 petang kelmarin dan laporan polis dibuat ahli kumpulanny­a di Balai Polis Lojing.

 ??  ?? DR Muhammad Iqbal menunjukka­n baju yang
dipakai ketika hilang.
DR Muhammad Iqbal menunjukka­n baju yang dipakai ketika hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia