Harian Metro

‘11 anak bukan beban’

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Pasangan miliki zuriat ramai anggap mereka pembawa rezeki

Memiliki anak ramai ketika diri bergelut untuk meneruskan kehidupan bukanlah satu tekanan buat pasangan suami isteri dari Kampung Pengkalan Nangka,

Chepa di sini.

Sebaliknya, Muhammad Abd Azizi, 40, dan isteri Naziah Mohamed, 39, menganggap 11 anak mereka sebagai pembawa rezeki yang sudah diamanahka­n Allah SWT untuk dijaga sebaik mungkin.

Justeru, Muhammad sanggup melakukan apa saja pekerjaan

Pengkalan yang termampu asalkan dapat memberi kesenangan buat tanggungan­nya itu walaupun tidak semewah orang lain.

Cukuplah jika Mohd Syahmi Fitri, 19, Mohd Sunni Firdaus, 18, Nurul Nabila Tasha, 16, Nurul Iman Inani,12, Nurul Alia Najwa, 11, Mohd Shahrul Daniel, 9, Mohd Shahril Ridhwan, 6, Nurul Aida Damia, 5, Nurul Amirah Aisyah, 3, serta pasangan kembar Nurul Ain Nasuha dan Nurul Aina Nasuha, 2, dapat makan dan pakaian serta bersekolah.

Menurut Naziah, suaminya bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan yang cukup untuk perbelanja­an harian mereka dan membayar sewa rumah bernilai RM200.

“Kami memang bukan orang senang. Kos hidup yang tinggi adakalanya menyulitka­n kami untuk membesarka­n anak-anak namun sebagai ibu bapa, kami percaya setiap anak membawa rezeki masing-masing.

“Tidak semestinya rezeki wang ringgit, boleh jadi rezeki lain kerana semuanya aturan Allah SWT. Disebabkan itulah, kami tetap menjaga mereka sedaya mungkin dan memastikan setiap keperluan mereka dapat dipenuhi.

“Malah, kami tidak berhasrat memberi mereka kepada orang lain untuk dijaga atau mengabaika­n keperluan. Biarlah kami susah senang bersama,” katanya di rumahnya.

Naziah berkata, bagi meringanka­n beban Muhammad mencari nafkah, Mohd Syahmi Fitri dan Mohd Sunni Firdaus yang sudah tamat persekolah­an membantu ayah mereka melakukan kerja kampung seperti memotong rumput.

Dia sendiri turut menolong dengan mengambil upah mengemas rumah atau asrama selain membuat kuih popia tempahan pelanggan.

“Dapat juga sekitar RM50 sehari. Lagipun upah membersih dibayar mengikut jam bekerja, selain ada majikan yang bermurah hati memberi upah lebih.

“Sekurang-kurangnya upah begini dapat saya gunakan untuk tampung beli barang keperluan harian kami di rumah,” katanya yang memberitah­u mengamalka­n konsep berjimat cermat supaya mereka sekeluarga dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

Sekiranya Naziah perlu bekerja, tugas menjaga anaknya yang masih kecil digalas Nurul Nabila Tasha dibantu adiknya yang lain.

 ??  ?? NAZIAH bersama anak-anaknya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa.
NAZIAH bersama anak-anaknya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia