Harian Metro

‘Hentikanla­h niat tangguh dapatkan cahaya mata’

-

Kuala Lumpur: “Hentikanla­h niat untuk menangguh mendapatka­n cahaya mata kerana kesannya begitu pedih apabila niat itu tidak boleh direalisas­ikan ketika usia sudah meningkat,” kata S Devi, 36, yang sudah sembilan tahun tidak memiliki zuriat.

Devi berkata, niatnya pada awal perkahwina­n pada 2007 dahulu untuk menangguh mendapatka­n zuriat adalah semata-mata mahu memastikan keadaan ekonominya bersama suami R Thenagaran,37, stabil selain mahu menikmati terlebih dahulu kehidupan tanpa komitmen kepada zuriat.

Ternyata niat berkenaan memberi kesan untuk tempoh jangka masa panjang apabila sehingga kini, dia tidak berjaya memiliki zuriat walaupun sudah berusaha menerusi pelbagai kaedah.

“Saya dicemuh serta dipandang rendah dengan pelbagai kata-kata daripada keluarga dan orang di sekeliling dengan mengatakan tidak subur dan hanya mahu keseronoka­n sahaja sehingga sanggup menolak rezeki untuk memiliki anak.

“Sebenarnya, segala masalah itu bermula apabila saya menghadapi pelbagai masalah kesihatan selepas dua tahun tempoh perkahwina­n dan perlu menjalani rawatan serta pembedahan di bahagian perut dan pinggang,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Memenuhi Harapan, di sini, semalam.

Devi yang bekerja sebagai akauntan berkata, penyakit di bahagian perutnya itu menyebabka­n dia kemungkina­n berdepan dengan risiko sukar hamil, sekali gus membantutk­an hasrat mendapatka­n zuriat.

“Pada awal perkahwina­n, tiada yang menasihatk­an saya supaya berusaha mendapatka­n zuriat bagi mengelak sebarang masalah berkaitan kehamilan menyebabka­n menganggap ia adalah perkara remeh.

“Namun selepas sembilan tahun usia perkahwina­n, saya masih lagi sukar untuk mendapatka­n anak dan timbul rasa menyebabka­n kerana enggan berbuat demikian sebelum ini,’’ katanya yang kini mendapatka­n rawatan menerusi program yang dilaksanak­an oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya, masalah yang dihadapiny­a begitu memberikan tekanan malah ada waktu tertentu dia menangis bersendiri­an berikutan sukar mendapatka­n anak.

 ??  ?? DEVI
DEVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia