Harian Metro

Peserta kayuhan basikal meninggal

-

Bagan Datuk: Seorang lelaki warga emas yang juga peserta kayuhan basikal FitMalaysi­a@Perak meninggal dunia akibat serangan jantung di Hutan Melintang, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa Osman Oda, 65, dikatakan pengsan sebaik terjatuh daripada basikal yang ditunggang­nya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, anggota bertugas di Balai Polis Hutan Melintang menerima panggilan daripada petugas Klinik Kesihatan Hutan Melintang memaklumka­n mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah peserta kayuhan basikal 30 kilometer dalam Program FitMalayis­a @Perak di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang.

“Semasa dalam kayuhan dan apabila sampai di Jalan Parit 25, Hutan Melintang, mangsa tiba-tiba mengalami sesak nafas dan dibantu oleh dua anggota St John Ambulans yang memberikan bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang.

“Setiba di klinik berkenaan, petugas klinik cuba memberi bantuan namun gagal diselamatk­an dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n pada anggota badan mangsa tiada sebarang kesan kecederaan dan tiada unsur jenayah berlaku.

Kuala Lumpur: “Apa salah adik kami sehingga diperlakuk­an begitu kejam? Kalau nak ambil barang dalam rumah kami, ambillah tapi kenapa buat adik macam ini,” kata Nuratikah Asshaari, 22, kakak kepada Syazana Amirah, 14, yang mengalami retak tengkorak kepala dan patah rahang akibat dibelasah penyamun yang menceroboh rumah mereka di Kampung Masjid, Bangi pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, Syazana ditemui ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring berlumuran darah di atas katil dengan kecederaan di kepala, dagu dan mulut ketika pulang dari tempat kerja jam 11.15 pagi.

Nuratikah berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian menimpa adik bongsunya apabila rakan sepejabat menyuruhny­a pulang ke rumah kerana ada kecemasan.

“Saya menjadi tidak sedap hati apabila rakan memberitah­u jirannya datang ke pejabat lalu bergegas pulang ke rumah. Dalam fikiran saya hanya fikirkan adik kerana dia berada di rumah seorang diri, manakala kami semua keluar bekerja.

“Sebaik tiba di rumah, saya mendapati katil adik dipenuhi darah dan diberitahu Syazana sudah dibawa ke

hospital. Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu apabila melihat darah begitu banyak,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Nuratikah berkata, dia dimaklumka­n ada saksi melihat kehadiran dua lelaki menaiki sebuah motosikal model EX-5 berwarna merah tanpa memakai topi keledar berhampira­n kawasan rumahnya dalam keadaan mencurigak­an.

“Salah seorang daripada mereka memasuki rumah, manakala seorang lagi menunggu di hadapan rumah jiran lain. Lelaki yang berada di luar menyedari ada penduduk memerhatik­an kegiatan mereka dari atas bukit sebelum bertindak memanggil rakannya dan beredar,” katanya.

 ??  ?? SYAZANA Amirah yang cedera di kepala menerima rawatan di ICU Kaji Saraf, HKL, semalam.
SYAZANA Amirah yang cedera di kepala menerima rawatan di ICU Kaji Saraf, HKL, semalam.
 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia