Harian Metro

PANGGILAN HAJI SUDAH TIBA

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

Shah Alam

Hampir 10 tahun menunggu, sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila tahun ini berpeluang menunaikan ibadah haji buat kali pertama.

Bakal jemaah, Murzan Kantan, 71, serta isterinya, Atiah Ibrahim, 70, gembira apabila tiga kali membuat rayuan dalam tempoh itu sebelum berjaya memandangk­an usia mereka semakin meningkat.

Murzan berkata, dia dan isteri sangat teruja serta bersyukur dan berharap mereka diberikan kekuatan mengerjaka­n ibadah haji nanti sehingga selesai.

“Saya tiada penyakit serius namun kerap sakit lutut manakala isteri pula menghidap kencing manis serta darah tinggi dan saya berharap kami diberikan kesihatan yang baik seterusnya dapat melakukan semua ibadah dengan sempurna.

“Kami juga mendoakan sembilan anak kami yang berusia dari 29 hingga 49 tahun berpeluang menunaikan haji satu hari nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kursus Perdana

Haji Peringkat Negeri

Selangor Tahun 2017 di Masjid Sultan

Salahuddin Abdul Aziz

Shah, di sini, semalam.

Raja Muda Selangor,

Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang mewakili ayahandany­a mencemar duli pada majlis berkenaan.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Murzan dan isteri yang berasal dari Tanjung Karang berkata, kursus dua hari bermula kelmarin anjuran Lembaga Tabung Haji itu menambah lagi ilmu mereka khususnya berkaitan haji.

Katanya, dia dan isteri sebelum ini pernah mengerjaka­n umrah.

Menurutnya, mereka kini masih menunggu tarikh penerbanga­n kerana belum dimaklumka­n lagi.

 ??  ??
 ??  ?? PERSIAPAN akhir membeli keperluan diri bagi menunaikan ibadah haji. ANTARA jemaah haji negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
PERSIAPAN akhir membeli keperluan diri bagi menunaikan ibadah haji. ANTARA jemaah haji negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 ??  ?? PESERTA Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS).
PESERTA Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia