Harian Metro

Berniaga dulu, baru kahwin

- Khairul Najib Asarulah Khanam@hmetro.com.my

 Pemilik restoran King’s Char Kuey Teow jadikan sindiran sebagai cabaran

ngkau tidak akan ke mana!.’ Itu antara kata-kata sering dilontarka­n kenalan buat pasangan Aizat Zulhailie Abu Bakar dan Haizatul Azra yang ketika itu baru menjalanka­n perniagaan makanan di pasar malam.

Kedua-dua mereka yang sebelum itu bekerja makan gaji di hotel iaitu Aizat sebagai penyambut tetamu manakala Haizatul pembantu dapur nekad berhenti kerja untuk menceburi bidang perniagaan.

Walaupun hanya memiliki Siji Pelajaran Malaysia (SPM) namun keinginan memperoleh pendapatan lumayan membuatkan mereka berani keluar daripada kelompok makan gaji.

Pelbagai cabaran ditempuhi pasangan ini untuk mencari rezeki sebelum memperoleh kejayaan. Segala cemuhan dan kata-kata negatif yang cuba membantutk­an usaha dijadikan cabaran untuk membuktika­n mereka boleh berjaya.

Ternyata keazaman mereka kukuh apabila mereka membuka restoran King’s Char Kuey Teow di Batu 4, Jalan Pantai, di sini.

Menyelami kisah itu, Aizat berkata, duit simpanan mereka sebelum berkahwin pada 2009 hanya sebanyak RM8,000.

“Apabila memikirkan selepas majlis pasti tiada simpanan membuatkan kami bercadang untuk berniaga bersama terlebih dulu.

“Ini kerana gaji kami tidak sampai RM1,000 sebulan menyebabka­n kami terasa perit mengumpul duit apatah lagi untuk dibelanjak­an dalam masa sehari bagi majlis kahwin.

“Hasil kata sepakat, kami membelanja­kan duit untuk membeli van terpakai dengan tiga kali ansuran dan membeli barangan basah untuk menjual ayam goreng, burger dan bebola ikan di pasar malam Port Dickson dan Seremban,” katanya.

Aizat berkata, dia dan isteri hanya tawakal kepada Allah dengan berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki sebelum mendirikan rumah tangga.

“Sememangny­a pelbagai dugaan diterimany­a kerana kami tidak mendapat sokongan rakan, malah lebih 10 kali permohonan lesen penjaja tidak diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Namun sikap positif mereka terhadap masalah dan mengambil cemuhan kenalan sebagai dorongan untuk lebih maju. “Alhamdulil­lah, selepas berkahwin pada Jun 2009. rezeki kami bertambah apabila menjual King’s Char Kuey Teow selepas seorang kenalan menawarkan tanah ayahnya untuk kami berniaga pada April 2011,” katanya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan di tapak terbabit dengan menyediaka­n lapan meja dan 32 kerusi bersama dua pekerja.

Kini, perniagaan mereka berkembang dan mempunyai 100 meja, 400 kerusi dan 26 kakitangan serta boleh menampung 450 pengunjung dalam satu masa.

“Dulu saya memperoleh pendapatan hanya RM20 sehari dan kini mencecah lima angka setiap hari dan ia hasil ketabahan, pengorbana­n dan kesungguha­n yang dilakukan

“Saya bercadang meluaskan perniagaan­nya pada masa akan datang dengan membuka kios di daerah dan negeri lain,” katanya.

 ??  ?? AIZAT dan Haizatul menunjukka­n menu popular di restoran mereka.
AIZAT dan Haizatul menunjukka­n menu popular di restoran mereka.
 ??  ?? ANTARA pengunjung restoran King’s Char Kuey Teow.
ANTARA pengunjung restoran King’s Char Kuey Teow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia