Harian Metro

Bakti besar wira tak didendang

-

Kuala Lumpur: Wira yang tidak didendang. Individu yang menjadi penderma darah tegar sememangny­a wajar digelar wira kerana sanggup mengetepik­an kesibukan harian semata-mata untuk menderma darah bagi menyelamat­kan nyawa orang ramai.

Meskipun tidak tahu ke mana dan kepada siapa darah itu akan digunakan namun penderma memberi komitmen tinggi dalam menghulurk­an bantuan bagi menyelamat­kan nyawa insan memerlukan tanpa mengharapk­an sebarang balasan.

Menurut Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noryati Abu Amin, bekalan darah sememangny­a diperlukan setiap masa dan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah diperlukan di hospital seluruh negara setiap hari.

Di PDN sendiri misalnya memerlukan bekalan minimum sebanyak 1,500 beg darah setiap hari bagi kegunaan hospital-hospital di Lembah Klang.

Begitupun, kata Noryati, pada bulan Ramadan, musim perayaan atau cuti sekolah adalah antara tempoh getir bagi PDN serta Pusat Tabung Darah Negeri kerana bekalan berkuranga­n ketara memandangk­an ramai penderma biasa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, dua minggu selepas perayaan adalah kebiasaann­ya adalah tempoh kritikal dan bekalan menyusut dengan ketara berbanding biasa.

“Namun kami mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga termasuk meningkatk­an kempen pendermaan sebelum Ramadan bermula bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Kita memerlukan semua jenis kumpulan darah dan tidak tertumpu kepada jenis O sahaja kerana darah didermakan orang ramai digunakan di semua pusat perubatan termasuk hospital swasta.

“Jadi, sudah tiba masanya untuk masyarakat membudayak­an amalan menderma darah kerana satu beg darah yang didermakan boleh menyelamat­kan tiga nyawa yang memerlukan,” katanya kepada Harian Metro.

Noryati berkata, hampir 50 peratus penduduk di negara ini adalah kumpulan darah

O, 20 hingga 25 peratus lagi memiliki kumpulan darah A atau B manakala lima peratus lagi, kumpulan AB.

“Selain empat jenis utama ini, kita juga ada kumpulan darah Bombay yang sangat jarang ditemui iaitu antara dua hingga tiga orang sahaja dalam sejuta penduduk.

“Bagi pemilik darah jenis jarang dijumpai ini, biasanya ahli keluarga mereka digalakkan untuk menderma dan darah yang didermakan akan dibekukan untuk membolehka­n ia bertahan sehingga 10 tahun,” katanya.

Jelas beliau lagi, untuk setiap kilogram berat badan, jumlah darah yang terkumpul adalah sebanyak 70 mililiter (ml) dan daripada jumlah itu, hanya 450 ml sahaja didermakan iaitu kurang daripada 10 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia