Harian Metro

Balas jasa orang ramai

-

Kuala Lumpur: “Isteri berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami komplikasi ketika melahirkan anak bongsu kami dan hospital ketika itu memerlukan bekalan darah tambahan dengan segera.

“Masa itu hanya satu yang terlintas di fikiran iaitu hanya mahu menyelamat­kan nyawa isteri dan saya memasang niat akan menjadi penderma darah bagi membalas jasa orang ramai jika dia dapat diselamatk­an,” kata Mubarak Murthala, 44.

Mengimbas kembali kejadian 10 tahun lalu itu, Mubarak berkata, isterinya berjaya diselamatk­an kerana pembedahan berkenaan berjalan lancar selepas mendapat bekalan darah yang diperlukan.

Pengalaman berkenaan mendorong bapa kepada tiga anak itu untuk menjadi penderma tetap di Pusat Darah Negara dan sehingga kini, Mubarak sudah 75 kali menderma darah.

Kata Mubarak, dia tidak mempunyai masalah untuk hadir ke PDN setiap bulan memandangk­an tidak terikat dengan waktu kerja pejabat.

“Sebelum ini, saya menderma darah hampir dua minggu sekali menggunaka­n kaedah Aferesis namun selepas prosedurny­a diubah kepada sebulan sekali, jadual temu janjinya kini lebih fleksibel.

“Saya tidak berasa terbeban kerana perlu berulang alik malah seronok kerana dapat membantu orang ramai,” katanya ketika ditemui di PDN baru-baru ini.

Peniaga roti canai dari Jalan Klang Lama itu berkata, dia tidak mempunyai sejarah kesihatan selain menjalani kehidupan sihat dengan menjauhi rokok.

Jelasnya, itu adalah antara faktor utama mengapa dia mampu menderma darah sekerap itu tanpa mengalami sebarang masalah kesihatan yang tidak diingini.

“Memang tidak dinafikan gaya hidup dan sejarah kesihatan adalah antara dua kriteria penting yang membolehka­n seseorang itu menderma darah.

“Namun ia mustahil untuk dilaksanak­an jika seseorang itu tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentinga­n menderma darah untuk menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Menurut Mubarak lagi, peristiwa yang berlaku kepada isterinya itu benar-benar membuka matanya mengenai kepentinga­n menderma darah.

Justeru, dia kini memasang impian supaya ketiga-tiga anaknya akan mengikuti jejak langkahnya menjadi penderma darah tetap apabila mereka dewasa kelak.

 ??  ?? Saya tidak berasa terbeban kerana perlu berulang alik malah seronok kerana dapat membantu orang ramai”
Saya tidak berasa terbeban kerana perlu berulang alik malah seronok kerana dapat membantu orang ramai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia