Harian Metro

Lelaki lapor bom mabuk teruk

-

Kuala Lumpur: Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini, semalam, gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh’ serta mencetuska­n kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira-kira jam 10 pagi dan dilihat memaki-hamun pihak polis serta pengawal keselamata­n apabila diminta bersurai secara aman.

Mereka turut bertindak merempuh dan memukul anggota polis sebelum anggota Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraika­n mereka.

Bagaimanap­un, insiden selama satu jam itu hanyalah latihan amal Ex-Rimau 2017 Malaysia (PDRM) iaitu Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), FRU, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am. - BERNAMA Ujian awal terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga penduduk Kampung Tersusun Buntong 4 yang mendakwa menerima maklumat terdapat bom di rumahnya kelmarin mendapati lelaki itu positif alkohol.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ujian yang dijalankan mendapati lelaki itu mengambil alkohol melebih had dibenarkan.

Katanya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.27 malam kelmarin sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Beberapa unit polis termasuk Unit Pemusnah Bom, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n oleh Unit Pemusnah Bom secara menyeluruh di kawasan rumah lelaki berkenaan mendapati tiada bom ditemui sebagaiman­a dilaporkan,” katanya.

Malam kelmarin, penduduk di kampung berkenaan gempar selepas seorang daripada penduduk menerima maklumat terdapat bom di kawasan rumahnya.

Sementara itu, Ketua Rukun Tetangga (RT) kawasan berkenaan, S Jayagopi , 61, berkata, penduduk yang menerima mesej terbabit adalah jiran di belakang rumahnya.

 ??  ?? ANGGOTA FRU dikasari ‘penunjuk perasaan’ dalam latihan amal Ex-Rimau 2017.
ANGGOTA FRU dikasari ‘penunjuk perasaan’ dalam latihan amal Ex-Rimau 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia