Harian Metro

Haram cemari majlis ibadah

-

Kota Bharu: “Ibadah perkahwina­n jangan dicemari dengan unsur yang boleh merosakkan akhlak,” kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau mengulas mengenai penganjura­n dikir barat ‘berahi’ pada majlis menyambut menantu di Kampung Padang Tembusu di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, persembaha­n begitu haram hukumnya kerana berisiko mengundang masalah sosial lain dan boleh merosakkan akidah penonton yang menontonny­a.

Mohamad Shukri berkata, majlis perkahwina­n tidak sepatutnya diselitkan dengan unsur tarian begitu apatah lagi, ia bercanggah dengan ajaran Islam selain perkahwina­n itu sendiri merupakan ibadah.

“Lenggang-lenggok serta gelek digayakan oleh penari walaupun atas nama seni tari tetap berdosa apatah lagi jika dilakukan di hadapan khalayak ramai.

“Perkara itu boleh mencetuska­n keinginan syahwat dalam kalangan penonton yang hadir selain bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, akan jatuh haram sesuatu persembaha­n membabitka­n sesi karaoke yang menyelitka­n lagu yang mempunyai seni kata melaghakan.

“Jika lirik yang lebih mengagungk­an benda dan boleh merosakkan akhlak, ia haram didengar, tetapi lagu yang mengandung­i unsur nasihat, hukumnya harus,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat Rosnazli Amin berkata, persembaha­n yang diadakan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, sebarang persembaha­n termasuk karaoke walaupun diadakan untuk majlis perkahwina­n, mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Seharusnya penganjur majlis itu menegah sesuatu yang bercanggah dengan syiar Islam kerana perkahwina­n ialah ibadah dan untuk mendapatka­n keredaan

Allah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia