Harian Metro

Berusaha tingkat taraf hidup

-

Kuala Lumpur: Diberi peluang untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang yang diminati, mengukuhka­n tekad Ahmad Yuslan Zulkifli, 28, sehingga meraih Anugerah Kecemerlan­gan Akademik bagi Sijil Pengurusan Industri Perladanga­n.

Yuslan berasa bersyukur kerana pihak FELCRA Berhad sendiri memberinya peluang agar dia dapat memantapka­n tugasnya di lapangan meskipun sebelum ini dia hanyalah pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja.

“Selepas SPM saya memohon untuk berkhidmat di ladang FELCRA dan mula berkursus di Pusat Latihan FELCRA di Tebing Tinggi, Johor selama tiga bulan.

“Sebaik tamat kursus saya dihantar bertugas di FELCRA Tembeling Tengah di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang sejak 2009.

“Selepas sembilan tahun berkhidmat saya berpeluang untuk mendapatka­n sijil dalam perladanga­n dan kini meneruskan pengajian di Kolej FELCRA untuk merangkul diploma dalam bidang yang sama sejak Mei 2017 dan akan tamat pada tahun depan,” kata Penolong Eksekutif Perladanga­n dari Kuala Kangsar, Perak ini.

Tambahnya, dia tidak pernah berputus asa untuk meningkatk­an taraf hidup malah berusaha membuktika­n kepada keluarga dan rakan menerusi anugerah yang diterimany­a.

Merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruha­n dengan PNGK 3.97 sememangny­a dianggap berbaloi buat Nazira Hanim Ismail, 24, yang mengikuti Sijil Keusahawan­an di Kolej FELCRA.

Dia bukan saja perlu menumpukan perhatian pada pelajaran malah usahawan muda ini tidak berputus asa malah berjaya dengan menjalanka­n perniagaan kosmetik dalam talian.

“Pada setiap awal semester, kami sudah diberi tugasan justeru, saya akan siapkan semua tugasan sebelum tarikh akhir dan ini membolehka­n saya untuk fokus pada pelajaran di dalam kelas.

“Saya juga banyak membuat nota kaki untuk memudahkan saya menghadapi kuiz serta ujian dan saya gemar mengulang kaji nota berkenaan sebelum masuk tidur,” katanya.

Dengan bermodalka­n sebanyak RM50 dia mampu menjalanka­n perniagaan dalam talian bagi menyara yuran pendidikan malah mengambil peluang dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, Instagram serta e-Dagang.

Tambah Nazira, peluang pendidikan dalam bidang pertanian, perladanga­n dan keusahawan­an kini semakin terbuka luas terutama kepada ahli FELCRA sendiri untuk menyumbang kembali selepas tamat pengajian.

Mereka antara 98 graduan daripada tiga program sijil yang diraikan dalam Istiadat Konvokesye­n Kolej FELCRA kali pertama di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Kolej FELCRA yang ditubuhkan pada Mei 2012 menyediaka­n program Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sijil Keusahawan­an dan Sijil Pengurusan Industri Perladanga­n yang dijalankan dengan kerjasama Internatio­nal Institute of Plantation Management (IIPM).

Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Sri Bung Moktar Radin berkata, kolej berkenaan menumpukan peluang kepada anak-anak warga FELCRA untuk memperluas­kan ilmu dalam sektor berkenaan dan berharap mereka dapat menyumbang­kannya kembali kepada masyarakat dan FELCRA khususnya.

 ??  ?? PENERIMA anugerah cemerlang bergambar selepas selesai upacara Istiadat Konvokesye­n Kolej FELCRA 2017 di Sunway Putra Hotel.
PENERIMA anugerah cemerlang bergambar selepas selesai upacara Istiadat Konvokesye­n Kolej FELCRA 2017 di Sunway Putra Hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia