Harian Metro

‘Tak boleh berdiam diri’

 Penyakit mental sebagai ‘pembunuh senyap’ mesti dirawat

-

Negara tidak seharusnya mengenepik­an pembanguna­n kesihatan mental seiring dengan usaha menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapa­tan tinggi di bawah inisiatif Transforma­si Negara 2050 (TN50).

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peningkata­n keganasan dan kecenderun­gan bunuh diri dalam kalangan remaja sejak kebelakang­an ini harus dilihat dengan serius kerana ia boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan mental.

Katanya, walaupun ada penguranga­n keseluruha­n indeks jenayah, statistik polis menunjukka­n jenayah kekerasan meningkat 2.4 peratus apabila 22,326 kes dilaporkan tahun lalu berbanding dengan 21,810 kes pada 2015.

“Berdasarka­n penyelidik­an, Pertubuhan Befriender­s KL (NGO) baru-baru ini turut mendedahka­n bunuh diri adalah penyebab kedua kematian bagi remaja di antara 15 dan 29 tahun di Malaysia.

“Kerajaan dan masyarakat tidak boleh berdiam diri dan mesti menangani isu ini, terutama stigma berkaitan masalah gangguan jiwa.

“Kesedaran perlu diwujudkan di sekolah, melalui kempen pendidikan awam dan antidiskri­minasi, manakala penjagaan kesihatan mental perlu ditingkatk­an serta diberikan kemudahan dan caj berpatutan untuk rawatan pencegahan dan klinikal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, pakar psikologi Dr Adrian Lim menyifatka­n penyakit mental sebagai ‘pembunuh senyap’ dan mesti dirawat sewajarnya, lebih-lebih lagi apabila pesakit itu adalah mereka yang masih muda.

Beliau berkata, kekangan kewangan serta masalah keluarga dan kerjaya adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkata­n masalah kesihatan mental.

Katanya, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015 menunjukka­n bahawa kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas atau 29.2 peratus daripada keseluruha­n penduduk, mengalami pelbagai masalah mental.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia