Harian Metro

300 gagal lari

-

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an melarikan diri ke atas bukit dalam keadaan gelap bagi mengelak dicekup gagal apabila ditahan selepas diekori sejauh 50 meter dalam serbuan di tapak pembinaan di Taman Melati, kelmarin.

Dalam serbuan jam 4 pagi, ratusan warga asing lain gagal melarikan diri kerana tidur dengan nyenyak sebelum ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur untuk pemeriksaa­n.

Malah, pelbagai gelagat dapat dilihat termasuk ada yang berjalan sambil tidur, selain tidak kurang juga masih tidur dalam keadaan tangan bergari.

Ketua Bahagian Penguatkua­sa JIM Kuala Lumpur, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan yang mengetuai operasi itu, berkata seramai 300 warga asing diperiksa sebelum 79 orang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

 ??  ?? ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi di Taman Melati, kelmarin..
ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi di Taman Melati, kelmarin..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia