Harian Metro

Tawar tanah 16 hektar

 Kerajaan Malaysia, Arab Saudi setuju bangun kompleks menempatka­n KSCIP di Putrajaya

- Mohd Fauzi Abdullah dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi bersetuju membangunk­an sebuah kompleks yang menempatka­n Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sedia menawarkan tanah seluas 16 hektar di pusat pentadbira­n negara itu bagi menempatka­n kompleks ibu pejabat KSCIP.

“Pembinaan KSCIP yang sudah dibincangk­an sebelum ini akan tetap didirikan di Malaysia sebagai lambang betapa penting institusi berkenaan kepada umat Islam di seluruh dunia.

“Saya dimaklumka­n beliau (Raja Salman Abdulaziz Al Saud) sahkan pusat itu akan didirikan di Malaysia dan Kerajaan Malaysia tawar sebidang tanah 40 ekar (16 hektar) di Putrajaya untuk pusat ini beroperasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, semalam.

KSCIP yang beribu pejabat di Kuala Lumpur memulakan operasinya Mei lalu dan dirasmikan Raja Salman bagi tujuan mengumpulk­an ilmuan, pakar risikan selain tenaga kerja Kementeria­n Pertahanan di rantau ini dalam usaha menangani isu ekstremism­e dan keganasan melampau.

Ia beroperasi secara sementara di ibu negara sebelum mempunyai kompleksny­a sendiri.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman juga akan melawat Malaysia dalam masa terdekat sekali gus melancarka­n kompleks pusat berkenaan.

“Saya dan Putera Mohammed Salman mewakili Kerajaan Malaysia untuk melancarka­n pusat itu.

“Pada hakikatnya kita (Malaysia) sudah mendapat sanjungan daripada negara luar terutama Arab Saudi. Raja Salman boleh pilih mana-mana negara Islam yang lain tetapi mengapa dia memilih Malaysia, ia satu pengiktira­fan buat kita sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Najib yang berbaju Melayu coklat tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengenakan baju kurung moden berwarna merah jambu jam 11 pagi dengan disambut puluhan ribu hadirin terutama penduduk di sekitar Parlimen Pekan.

Antara tetamu turut memeriahka­n Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 Parlimen Pekan ialah Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Datuk Abu Bakar Harun.

 ??  ?? TENGKU Abdullah diiringi Najib ketika tiba di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pekan di Dataran Tasik Sultan Abu Bakar.
TENGKU Abdullah diiringi Najib ketika tiba di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pekan di Dataran Tasik Sultan Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia