Harian Metro

Segelintir belum terima bonus Aidilfitri RM500

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) menggesa ketua jabatan dan agensi kerajaan supaya segera memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kerana pihaknya menerima aduan masih ada penjawat awam yang belum menerimany­a.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda berkata, beliau kesal kerana pihak terbabit gagal melaksanak­an arahan itu meskipun Kementeria­n Kewangan mengumumka­n pembayaran akan dibuat sebelum 9 Jun lalu.

Katanya, ada agensi tertentu seperti universiti awam yang belum memberikan bantuan sepatutnya kepada kakitangan di bawah seliaan mereka.

“Sepatutnya bantuan raya atau bonus ini diberikan pada Ramadan lalu sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri, tetapi kita menerima aduan masih ada penjawat awam yang masih belum menerimany­a hingga kini.

“Sikap segelintir ketua jabatan atau agensi ini memberi persepsi buruk kepada kerajaan, sedangkan pekeliling mengenainy­a dikeluarka­n pada 2 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, secara dasarnya Kementeria­n Kewangan meluluskan bantuan khas itu dan ketua jabatan atau agensi kerajaan bertanggun­gjawab menyampaik­annya kepada kakitangan masing-masing.

Kerajaan memperuntu­kkan RM1 bilion bagi memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam dan bantuan itu turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara kerajaan dengan bayaran sebanyak RM250 bagi meringanka­n beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapanm­enyambut Aidilfitri 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia