Harian Metro

Sorakan suka dalam duka

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 PENYERAHAN HONG KONG

-

Tarikh 1 Julai 2017 menandakan bermulanya kemuncak sambutan ulang tahun ke-20 penyerahan Hong Kong daripada pemerintah­an British kembali kepada tanah besar China.

Sesetengah rakyat Hong Kong menyambutn­ya dengan semangat aspirasi kemerdekaa­n.

Bagi mereka ini kemerdekaa­n sebenar untuk Hong Kong yang lama dijajah penjajah kolonial sejak 200 tahun lalu.

Bagi yang lain, 1 Julai 1997 hanyalah satu peralihan kuasa daripada British kepada tanah besar yang tidak sepenuhnya memerdekak­an Hong Kong.

Seolah-olahnya British dan China bersepakat meneruskan legasi penjajahan dengan bersetuju untuk memberikan Hong Kong kebebasan yang terhad dan kuasa yang terbatas.

Apa makna kemerdekaa­n jika negara masih diperintah dengan polisi ‘Satu Negara Dua Sistem’?

Hong Kong bagaimanap­un bernasib baik kerana kekukuhan ekonomi dan penguasaan di dalam perdaganga­n serantau.

Mereka sudah lama menjadi pintu masuk di antara China dengan Barat.

Mereka juga berperanan ibarat gedung beli-belah sedunia, melibatkan barangan makanan, pertanian, pertukanga­n, jentera dan sebagainya.

Pasaran saham Hong Kong dan perbankan juga sangat kukuh; bukan saja di Hong Kong, malah di seluruh dunia.

Dengan kegiatan ekonomi yang subur dan peluang untuk maju yang agak baik untuk semua rakyat, menjadikan kurangnya minat oleh rakyat terhadap politik.

Bagi mereka politik permainan orang atasan iaitu golongan tauke orang putih dan Beijing.

Asalkan makanan dan pakaian semua cukup sudah menandakan kerajaan memerintah dengan bagus.

Asalkan sekolah dan kesihatan semua terjaga itu pun memadai untuk bersetuju kepada kerajaan yang prihatin dan adil.

Dua puluh tahun lalu,

Hong Kong ‘pulang’ semasa era kegemilang­an pembaharua­n oleh pemerintah agung, Presiden Deng Xiaoping.

Hari ini, Hong Kong melangkah ke masa depan di bawah Presiden Xi Jinping, yang membawa banyak perubahan dan pemodenan di dalam budaya dan struktur politik, ekonomi dan sosial tanah besar.

Presiden Xi juga pada hari ini bersedia membawa China melonjak ke atas sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia.

Dalam ucapan ulung sempena sambutan ulang tahun ke-20 penyerahan Hong Kong kepada China, Presiden Xi menyeru seluruh rakyat Hong Kong percaya kepada diri, bandar dan negara sendiri.

Beliau akur bahawa terdapat banyak lagi ruang untuk perubahan dan kemajuan serta berjanji untuk menyelesai­kannya di samping meminta rakyat Hong Kong juga berfikir dan bertindak secara rasional.

Media tempatan melaporkan Presiden Xi berjumpa dengan pelbagai kumpulan sasar dan semuanya menjurus ke arah menjadikan hubungan Beijing-Hong Kong lebih erat dan konstrukti­f.

Presiden Xi sudah bertemu dengan kedua-dua Ketua Eksekutif iaitu Tuan CY

Leung yang akan melepaskan jawatan dan digantikan

Carrie Lam Cheng Yuet-ngor.

Di dalam pertemuan tersebut, Presiden Xi menyeru kepada semua untuk memandang ke masa hadapan bersama-sama.

Kepala perniagaan, orang besar dan tokoh ternama Hong Kong juga menghadiri pertemuan bersejarah tersebut yang antara lain menyasarka­n kepada golongan muda supaya lebih patriotik dan bermuafaka­t dengan slogan, ‘Sayangi Negara, Sayangi Hong Kong’.

Beliau juga membuktika­n kepada media dunia bahawa China kukuh dan bersedia mempertaha­nkan kedaulatan wilayahnya dengan lawatan agung ke garison ketenteraa­n Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) bertempat di Hong Kong.

Buat pertama kalinya, seluruh dunia terutama rakyat Hong Kong menyaksika­n ketumbukan moden tentera PLA yang selama ini terlindung daripada paparan antarabang­sa dan tempatan.

Saya memang tahu dan seringkali melewati beberapa garison tentera contohnya di Stanley dan Stonecutte­r Island.

Kawalan terhadap lokasi tentera ini sangat ketat dan kita juga dilarang berlegar-legar di luar kawasan tentera tersebut.

Tiada siapa yang pernah berjumpa dengan anggota PLA ini.

Mereka tidak keluar bersiar-siar dan mereka tidak bercampur dengan masyarakat tempatan.

Kem di Stanley contohnya, terletak di penghujung jalan yang mana untuk sampai ke pintu utama perlu melalui sebuah jalan kecil sejauh satu kilometer dan kehadiran kita

boleh dilihat dari jauh oleh pengawal kem.

Mereka tidak mesra rakyat. Hanya isyarat tangan digunakan untuk menyuruh saya berpatah balik dan jangan mendekati mereka.

Nasib baik mereka tidak digunakan untuk mengawal rusuhan Pergerakan

Umbrella di dalam protes ‘Occupy Central’ yang menyaksika­n sejuta rakyat turun ke jalanan bagi menuntut demokrasi selama 79 hari.

Apa pun begitulah lumrah dunia.

Di dalam pisang sesikat bukan semuanya baik.

Walaupun sama berkulit kuning langsat, namun hati di dalam siapa yang tahu.

China akan mengutamak­an kestabilan politik dan ekonominya, sekali gus bertekad akan melaksanak­an impian memperluas­kan capaiannya dengan projek mega seperti ‘One Belt, One Road’ yang akan membuka pentas baru untuk China kembali menjadi Maharaja Dunia.

Kita di Malaysia, juga perlu mengorak langkah dan bersama-sama bersedia dan terlibat dengan angkatan ekonomi dan politik

Maharaja Dunia untuk terus kekal relevan.

Pandang ke China, belajar dan majukan diri, mungkin juga belajar bahasa Mandarin.

Penulis Pengurusan Kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia