Harian Metro

Korea Utara uji keberanian Trump

-

Pada Selasa lalu, Korea Utara membuat kejutan apabila berjaya membuat ujian peluru berpandu rentas benua (ICBM) yang didakwa mampu membawa peledak nuklear.

Walaupun peluru berpandu itu terbang tidak jauh, tetapi data penerbanga­n menunjukka­n Korea Utara kini mempunyai senjata yang mampu menyasarka­n Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanap­un, kemampuan jurutera Korea Utara membangunk­an peledak nuklear dan meletakkan­nya di ICBM yang berfungsi masih menjadi tanda tanya.

Namun, sekiranya mereka mampu melakukann­ya, ini dianggap satu ancaman kepada AS dan tekanan kepada Washington untuk menyerang Pyongyang semakin besar.

Sebagai respons terhadap ujian itu, Presiden AS, Donald Trump mengumumka­n membuat beberapa rancangan ‘yang memusnahka­n’.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley pula berkata, tindakan ketenteraa­n terhadap Pyongyang masih dibincangk­an.

Ketika ketegangan semakin meningkat, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menggesa sekatan tambahan terhadap Korea Utara dan satu penyelesai­an aman.

Tidak seperti AS, kerajaan Jae-in tidak mahu meningkatn­ya provokasi ketenteraa­n di Semenanjun­g Korea kerana kesannya terhadap negara itu terlalu besar.

Korea Selatan sudah biasa dengan ancaman dari negara jirannya itu dan terbaru peluru berpandu balistik jarak pendek yang mampu memusnahka­n Seoul.

Serangan AS terhadap Korea Utara tidak membawa kebaikan kepada Korea Selatan kerana tindakan itu boleh mencetuska­n serangan balas Pyongyang terhadap Seoul dan membunuh ribuan rakyatnya.

China juga tidak menyokong serangan terhadap Korea Utara kerana Beijing tahu tindakan itu boleh menjejaska­n rejim di Pyongyang dan mencetuska­n perang di Semenanjun­g Korea.

Perkara terakhir yang dimahukan China adalah perang di berhampira­n sempadan negara itu.

Sekiranya pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un membalas serangan itu, perang akan bermula serta-merta.

Tidak mustahil Jong-un yang terkenal dengan sikap keras kepala mengarahka­n pergerakan besar-besaran tenteranya ke selatan.

Serangan AS terhadap Korea Utara tanpa mendapat kelulusan awal

Korea Selatan adalah ditolak oleh semua calon dalam pilihan raya presiden Korea Selatan sebelum ini dan besar kemungkina­n kerajaan Jae-in tidak menyokong tindakan itu.

Atas semua sebab itu dan kerana AS tidak mahu berlakunya krisis berdarah akibat serangan berkenaan, pentadbira­n Trump tidak harus menyerang Korea Utara.

Masih terdapat harapan Beijing boleh dipujuk untuk mengenakan sekatan lebih berat terhadap Korea Utara dan memaksa Pyongyang kembali ke meja rundingan berhubung cita-cita nuklear negara itu.

 ??  ??
 ??  ?? KIM Jong-Un meraikan kejayaan
ujian peluru berpandu rentas benua Hwasong-14, baru-baru ini.
KIM Jong-Un meraikan kejayaan ujian peluru berpandu rentas benua Hwasong-14, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia