Harian Metro

Kempunan khidmat Sandro

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff terpaksa melakukan rombakan di bahagian tengah dalam aksi pertemuan Liga Super menentang Melaka di Stadium Hang Jebat, esok selepas pemain tengah Kedah Sandro Da Silva tidak dapat beraksi kerana sudah menerima tiga kad kuning.

Menurut Nidzam, aksi Sandro terpaksa dilupakan kerana dia mengumpul tiga kad kuning.

“Dia terlepas peluang beraksi kali ini di Melaka dan saya terpaksa membuat rombakan di bahagian tengah bagi mengukuhka­n jentera tengah dan hadapan untuk bertemu Melaka kali ini.

“Melihat kepada situasi kini, kami akan melakukan giliran pemain dengan memberi peluang kepada pemain tempatan yang tidak beraksi dalam perlawanan lalu, termasuk pemain berpotensi menggantik­an posisi Sandro di Stadium Hang Jebat.

“Aksi Sandro berganding­an dengan Liridon Krisniqi dan Ken Iso di bahagian tengah memang menjadi tunjang utama dalam serangan Kedah dan pastinya saya perlu meneliti keadaan itu dengan menggantik­an dengan pemain yang bersedia kali ini,” katanya.

Katanya, motivasi pemain lain yang kini kembali memuncak selepas kemenangan besar 5-0 ke atas UiTM di Shah Alam dalam perlawanan Piala Malaysia memberi semangat tambahan buat semua pemain untuk meneruskan aksi memburu kemenangan esok.

“Memang kami agak terkesan tanpa Sandro kali ini kerana selepas dia pulih daripada kecederaan belakang yang dialaminya pada musim lalu, Sandro terus bangkit musim ini dan mempamerka­n aksi bertenaga.

“Hasilnya dia sudah menghasilk­an sembilan gol setakat ini iaitu enam gol dalam saingan Liga Super, satu gol di Piala FA dan dua gol dalam Piala Malaysia,” katanya.

 ??  ?? SANDRO (kiri) sudah kutip tiga kad kuning.
SANDRO (kiri) sudah kutip tiga kad kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia