Harian Metro

Almeida ceria penyudah Melaka kian berbisa

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Kesungguha­n pemain Melaka United membenam Kelantan 3-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput kelmarin mendapat pujian ketua jurulatihn­ya Eduardo Almeida selepas bijak mengambil peluang merobek gawang lawan.

Beliau berbangga atas peningkata­n prestasi pemain dari perlawanan ke perlawanan walaupun sebelum ini seri 1-1 berdepan PKNS dan tewas 0-2 kepada Kedah minggu lalu.

Terdapat perubahan dalam persefaham­an pemain hingga pertahanan tidak memberi ruang kepada penyerang lawan membocori gawang pasukan sementara barisan tengah dan serangan bijak berusaha mencipta jaringan.

“Pada umumnya kami menguasai sebahagian besar permainan sekali gus memberi kelebihan pasukan untuk memasuki kawasan lawan dalam usaha mencipta gol kemenangan.

“Malah saya juga gembira peminat memberi sokongan padu kepada pasukan. Apa yang penting dalam setiap perlawanan ada perubahan dari segi disiplin, corak dan kesungguha­n pemain,” katanya.

Almeida berkata, beliau mengharapk­an perubahan permainan dari masa ke semasa dengan situasi itu diharap akan berterusan dan efektif ketika berdepan Kedah, di gelanggang sama, esok.

 ?? FOTO: RASUL AZLI SAMAD ?? FAUZI Roslan (kiri) meraikan gol ketiga bersama rakan sepasukan.
FOTO: RASUL AZLI SAMAD FAUZI Roslan (kiri) meraikan gol ketiga bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia