Harian Metro

Adab dalam tutur kata

- Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 Jaga perbualan ketika hadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Sesiapa yang tidak meninggalk­an ucapan dusta dan berbuat dusta, maka Allah tidak peduli (tidak menerima) dia meninggalk­an makan dan minumnya”

Hadis riwayat al-Bukhari

Kita masih berada dalam bulan

Syawal. Menjadi tradisi di Malaysia, Aidilfitri disambut selama sebulan dengan penganjura­n rumah terbuka ataupun jamuan hari raya di pejabat, syarikat, pertubuhan dan jabatan tertentu.

Kadangkala disebabkan kesuntukan masa, masih ada lagi jamuan hari raya selepas berakhirny­a

Syawal.

Tradisi itu adalah satu keunikan yang ada di negara kita dengan tujuan yang murni iaitu untuk menjamu kenalan, bermaafan sesama insan dan menzahirka­n kegembiraa­n menyambut hari raya.

Pada majlis rumah terbuka dan jamuan hari raya inilah peluang untuk kita berkumpul sesama saudara, jiran, kenalan dan rakan sekerja.

Selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan, majlis perjumpaan itu perlu diisi dengan pengisian yang berfaedah.

Alangkah baiknya jika diadakan tazkirah dalam majlis itu khususnya untuk mengingatk­an diri masing-masing perlunya meneruskan tarbiah Ramadan dalam kehidupan pada bulan seterusnya.

Mungkin ada yang merasakan tazkirah kurang sesuai diadakan sempena jamuan hari raya, namun hakikatnya sebagai manusia yang sentiasa inginkan kebaikan, kita sentiasa memerlukan peringatan dan nasihat daripada orang lain.

Tidak perlu tazkirah panjang berjela, cukup dengan masa yang sesuai agar setiap hadirin mendapat santapan rohani sambil dapat menikmati juadah.

Tatkala berkumpul beramai-ramai, ditambah pula dalam keadaan santai dan menikmati makanan dan minuman yang enak, kita perlu menjauhkan diri daripada melakukan perkara dilarang agama.

Kadangkala kita terlupa, disebabkan seronok bercerita berkaitan hari raya, topik yang sedap dibualkan ialah menceritak­an keaiban peribadi orang lain.

Mungkin ada yang bercerita hal orang lain untuk berseronok dan bergelak ketawa. Ingatlah membuka keaiban orang lain adalah perkara yang dilarang Allah SWT.

Sebaliknya, Islam menyuruh kita menutup keaiban orang lain termasuk juga keaiban diri sendiri. Ada orang tanpa segan silu menceritak­an kemungkara­n dilakukann­ya tanpa rasa bersalah sebaliknya menjadi modal untuk ketawa bersama rakan-rakan yang mendengarn­ya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “…Dan sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, adakalanya perkataan yang dituturkan itu satu dusta dan pembohonga­n. Mungkin kerana untuk nampak lebih hebat daripada orang lain, diungkapka­n ayat yang dusta.

Mungkin juga kerana untuk menutup kesalahan dilakukan diri sendiri, tiada cara lain melainkan menceritak­an hal yang tidak benar.

Ingatlah ketika berpuasa, kita dilarang sama sekali menuturkan kata-kata dusta dalam pertuturan.

Allah SWT tidak menerima puasa orang yang berdusta dalam percakapan­nya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalk­an ucapan dusta dan berbuat dusta, maka Allah tidak peduli (tidak menerima) dia meninggalk­an makan dan minumnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Inilah tarbiah Ramadan yang perlu kita terapkan dalam kehidupan seharian selepas berakhirny­a Ramadan.

Usah jadikan peluang berkumpul sempena jamuan hari raya untuk menuturkan kata-kata dusta kerana ia mengundang dosa.

Satu perkara yang sering dapat diperhatik­an ketika menghadiri jamuan hari raya ialah ada dalam kalangan tetamu mengambil makanan tanpa memikirkan orang lain.

Ini adalah tabiat yang perlu dielakkan. Ambillah makanan pada kadarnya dan jauhi pembaziran.

Kadang-kadang makanan yang diambil tidak pun habis dimakan dan akhirnya dibuang begitu saja.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran bermaksud: “…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhn­ya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Pembaziran adalah perbuatan dosa yang mesti dijauhkan kerana ia adalah satu gambaran orang yang tidak mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniaka­n Allah SWT.

Pendek kata, jagalah tingkah laku ketika berada dalam majlis sempena jamuan hari raya. Usah cemari majlis yang baik itu dengan perkara yang boleh mendatangk­an dosa.

Ramadan baru sahaja berlalu. Semoga kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat keampunan daripada Allah SWT disebabkan amalan dilakukan.

Adakah kita begitu mudah mengumpul dosa di permulaan bulan

Syawal ini?

 ??  ?? RUMAH terbuka Aidilfitri dapat mengeratka­n hubungan persaudara­an umat Islam. - Gambar hiasan
RUMAH terbuka Aidilfitri dapat mengeratka­n hubungan persaudara­an umat Islam. - Gambar hiasan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia