Harian Metro

Daftar pernikahan di luar negara

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum pasangan berkahwin di Thailand dan si lelaki melafazkan cerai terhadap pasanganny­a melalui WhatsApp?

Pasangan itu tidak mendaftark­an perkahwina­n dengan jabatan agama tetapi wanita itu memohon pengesahan perceraian.

Bagaimana dari segi hukum syarak dan perundanga­n di Malaysia? Bolehkan diabaikan perundanga­n dan lafaz cerai begitu saja mengikut hukum Allah SWT?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraika­nnya) dengan cara yang baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Kami berpendapa­t, hendaklah pasangan itu atau salah seorang segera pergi ke Mahkamah Rendah Syariah untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

Ini boleh dilakukan dengan membawa dokumen pernikahan di Thailand itu. Jika dokumen itu sah dan dilakukan dengan prosedur yang betul, bukan nikah sindiket berdasarka­n undang-undang Thailand, pastinya tidak ada masalah memproses permohonan pembubaran perkahwina­n di Malaysia.

Sebagai tambahan, Undang-Undang Pentadbira­n Keluarga

Islam yang diwujudkan di Malaysia adalah berpanduka­n nilai asas di dalam Islam seperti keadilan dan ihsan.

Menjadi kewajipan kepada umat Islam di Malaysia untuk mematuhi undangunda­ng ini bagi menjaga maslahat dan kebajikan rakyat.

Bayangkan jika prosedur undang-undang ini tidak diambil kira, seseorang lelaki contohnya sewenang-wenangnya mengaku belum berkahwin dan berkahwin lebih daripada empat seperti yang berlaku di negara kita, baru-baru ini dengan memalsukan dokumen.

Pada zaman yang penuh fitnah dan kurangnya ilmu agama, prosedur dan peruntukan undang-undang amat penting untuk menjaga pihak-pihak yang tertindas khususnya wanita dan kanak-kanak.

Bahkan, dalam kes seperti ini, apakah akan terjadi jika lelaki itu hendak rujuk semula tetapi tiada saksi?

Bagaimana pula jika wanita itu tidak mengaku pernah berkahwin dengan lelaki itu?

Atau selepas bercerai, wanita itu pula didapati mengandung dan lelaki itu menafikan itu anaknya dan banyak lagi kemungkina­n akibat tidak menguruska­n perkahwina­n dengan saluran yang betul.

Di sini, pentingnya peranan kadi untuk menyelesai­kan kes seperti yang termaktub dalam kitab fiqh terdahulu.

Justeru, mematuhi undang-undang pentadbira­n keluarga Islam adalah wajib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia