Harian Metro

‘Usahlah ikut jejak kakak, abangmu...’

-

 Doa ibu kehilangan tiga anak akibat Arrhytimia

etiap hari saya pasti menangis mengenangk­an tiga anak yang pergi mengadap Ilahi. Saya kini memiliki hanya seorang anak dan berdoa supaya semuanya selamat,” kata suri rumah, Nor Hadila Abu Hassan, 24 yang kematian tiga anak akibat masalah jantung tidak stabil atau Arrhytimia pada 2012 hingga 2015.

Nor Hadila berkata, selepas kematian tiga anaknya itu, anak bongsunya, Muhammad Adam Firdaus Mohd Shawal yang kini berusia setahun juga menghidap penyakit sama sejak berusia dua bulan.

“Saya reda ketentuan Allah dan selalu berdoa agar Adam dipanjangk­an umur,” katanya ditemui di rumah sewanya di Kampung Batu 3, Mambau, di sini, semalam.

Menurutnya, akibat penyakit itu, Muhammad Adam sering keluar masuk hospital serta Institut Jantung Negara (IJN) sebaik berdepan masalah jantung berhenti berdenyut tiba-tiba.

“Disebabkan penyakit ini, tiga anak saya sebelum ini meninggal dunia,” katanya sebak. Tiga anaknya adalah Nur A’in Shuhada yang meninggal dunia pada 2015 ketika berusia lima tahun, Nur A’in Syazlin pada 2012 ketika berusia enam bulan dan Muhammad Syazlan pada 2014 sewaktu berusia setahun.

Nor Hadila hanya suri rumah manakala suami, Mohd Shawal Asmadi, 31 bekerja kilang di Rantau, di sini pendapatan RM1,000 sebulan.

“Itupun pendapatan suami tidak penuh dan selalu mengambil cuti membawa Adam ke hospital. Pada bulan lalu suami menerima gaji RM400 sedangkan bayaran rumah sewa adalah RM200,” sebulan.

Nor Hadila berkata, doktor juga menyaranka­n mendapatka­n rumah sewa yang lain, tetapi keluargany­a tidak mampu.

“Hanya rumah sewa ini mampu kami sewa biarpun terdapat banyak tikus dan lipas yang menjejaska­n kesihatan Adam,” katanya menceritak­an nasib keluargany­a kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (PERKASIH) Negeri Sembilan, Abdul Fatah Zakaria, semalam.

Sementara itu Abdul Fatah berkata, pihaknya tampil menyampaik­an bantuan makanan dan wang tunai sebaik mengetahui kesusahan keluarga terbabit.

Katanya, pihaknya pada masa sama sedang memikirkan inisiatif lain bagi membantu keluarga itu dan juga anak mereka.

Orang ramai mahu menghulurk­an bantuan kepada Nor Hadila boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB milik suaminya bernombor 7053184115.

 ??  ?? MUHAMMAD Adam yang menghidap Arrhytimia ketika menerima rawatan
di HTJ, Seremban.
MUHAMMAD Adam yang menghidap Arrhytimia ketika menerima rawatan di HTJ, Seremban.
 ??  ?? ABDUL Fatah (kanan) menyampaik­an sumbangan barangan makanan dan Wang tunai kepada Nor Hadila di Kampung Batu 3, Mambau.
ABDUL Fatah (kanan) menyampaik­an sumbangan barangan makanan dan Wang tunai kepada Nor Hadila di Kampung Batu 3, Mambau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia