Harian Metro

MAINJ hulur bantuan segera

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menghulurk­an bantuan segera kepada sembilan beranak yang menjadi gelandanga­n selama seminggu apabila terpaksa tidur di dalam kereta yang diletakkan di tempat awam akibat gagal melunaskan bayaran sewa rumah yang tertunggak selama tujuh bulan.

Penolong Pengarah Bahagian Zakat MAINJ Azlan Abdullah bersama 15 sukarelawa­n Briged Ansar hadir ke penempatan sementara keluarga itu di Taman Mount Austin, di sini, semalam, bagi menyampaik­an bantuan sekali gus meringanka­n beban ditanggung ketua keluarga berkenaan, Mohd Sani Bachok, 38.

Menurut Azlan, pihaknya menerima maklumat berhubung kesempitan hidup dialami Mohd Sani dan isterinya Norazilah Mahat, 28, serta tujuh anak mereka daripada badan bukan kerajaan (NGO), We Love Charity

(WLC) Johor Bahru pada Jumaat lalu.

“Kita menerima maklumat mengenai kes keluarga ini dan terus datang ke rumah mereka, hari ini (semalam). Kita akan bantu membayar sewa rumah sebanyak RM500 sebulan kerana Mohd Sani adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dan baru saja bekerja semula, selain melihat kelayakan lain yang bersesuaia­n.

“Bantuan (sewa rumah) ini akan diteruskan sehingga permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mereka diluluskan,” katanya.

Menurutnya, selain sewa rumah, MAINJ akan menyampaik­an sumbangan seperti tilam, dapur gas, pinggan mangkuk dan tikar getah bagi keselesaan keluarga terbabit di rumah itu.

“SBantuan (sewa rumah) ini akan diteruskan sehingga permohonan PPRT mereka diluluskan”

Azlan Abdullah

 ??  ?? AZLAN (kiri) berbual bersama keluarga Mohd Sani (tengah).
AZLAN (kiri) berbual bersama keluarga Mohd Sani (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia