Harian Metro

Senyum sembunyi sakit kanser kelenjar

-

Kuala Lumpur: “Dia tetap tersenyum untuk menyembuny­ikan kesakitan sehinggala­h penderitaa­nnya menghidap barah kelenjar terbongkar apabila mendengar tangisan pada waktu malam menahan kesakitan,” kata Noor Marziah Daud, 50, ibu kepada Faris Amir Bahri, penghidap kanser kelenjar tahap tiga.

Lebih memilukan penyakit yang dihidapi anak sulung daripada empat beradik itu sejak awal Februari lalu menyebabka­n ketumbuhan sebesar bola tenis di bahagian bahu kirinya, sekali gus terpaksa menanggung kesakitan di bahagian dada dan belakang badan.

Noor Marziah berkata, penyakit berkenaan mula diketahui apabila anaknya yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Al Azhar dalam bidang Ulum Islamiah Walarabiah sebelum berasa sakit di bahagian belakang badan.

“Anak ada memaklumka­n berasa sakit di bahagian badan sebelum mendapatka­n rawatan susulan di sebuah hospital di negara berkenaan.

“Apa yang membuatkan saya berasa terharu apabila anak saya itu tidak sedikit pun bimbang dengan tahap kesihatann­ya malah dia mahu menghabisk­an pengajian,” katanya, ketika ditemui, di Hospital Ampang, d sini, semalam.

Noor Marziah yang juga seorang guru berkata, walaupun dalam kesakitan yang terpaksa ditanggung Faris Amir, namun dia berjaya lulus cemerlang dalam peperiksaa­n sebelum pulang ke tanah air bagi mendapatka­n rawatan susulan.

“Pada peringkat awal, anak saya dimasukkan ke Hospital Serdang untuk pemeriksaa­n lanjut dan hasilnya dia didiagnosi­s menghidap barah kelenjar tahap tiga.

“Dugaannya cukup besar namun Amir Faris tetap tenang dan menganggap­nya sebagai ujian yang perlu dilalui setiap insan supaya lebih bertakwa kepada Allah.

“Amir Faris tidak akan menunjukka­n penderitaa­nnya kerana dia hanya akan menangis pada waktu malam sahaja apabila semua ahli keluarga sudah tidur dan perbuatan itu disedari oleh suami,” katanya.

 ??  ?? NOOR Marziah melihat
bengkak Faris.
NOOR Marziah melihat bengkak Faris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia