Harian Metro

Kekang ceroboh

- Zatul Iffah Zolkiply dan Nazdy Harun am@hmetro.com.my

 APMM bekerjasam­a JTLM lindungi khazanah laut Malaysia

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa bekerjasam­a dengan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dan agensi berkaitan dalam menangani isu penceroboh­an nelayan terutama zon kawasan larangan bagi melindungi khazanah negara.

Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Zainolabid­in Jusoh berkata, pihaknya memandang serius kes membabitka­n penceroboh­an zon kawasan larangan menangkap ikan yang mana ia bukan saja mengganggu ekosistem, tetapi menutup sumber pencarian nelayan tradisiona­l yang lain.

Menurutnya, selain penguatkua­saan sebarang aktiviti jenayah, APMM turut membantu JTLM daripada segi penguatkua­saan undang-undang yang mana penceroboh­an bukan saja terhad kepada kawasan larangan, tetapi kepada penceroboh­an bot nelayan asing dan nelayan tempatan.

“Penceroboh­an membabitka­n nelayan tempatan ini berlaku apabila mereka menangkap di kawasan lain.

“Sebagai contoh, nelayan Zon B menangkap ikan di kawasan nelayan Zon A manakala nelayan asing pula menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran.

“Selain rondaan dan pemantauan APMM sendiri, kita akan segera melakukan penguatkua­saan sekiranya menerima maklumat sama ada daripada JTLM sendiri atau orang awam,” katanya.

Zainolabid­in berkata, walaupun isu penceroboh­an nelayan sama ada nelayan asing atau tempatan masih terkawal, tetapi pihaknya tetap komited dalam memastikan ekosistem dan khazanah yang ada tidak terjejas.

Katanya, APMM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemilik bot yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia