Harian Metro

Ditahan selepas 7 jam bunuh rakan

-

Pelabuhan Klang: Tujuh jam selepas dia membunuh rakan senegarany­a, seorang lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun berjaya ditahan polis tidak jauh dari lokasi kejadian di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam, semalam.

Lelaki berkenaan ditahan jam 4 petang selepas membunuh mangsa dikenali Dani, 25, di sebuah rumah jam 9 pagi hari sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, hasil maklumat polis berjaya menahan suspek di pulau berkenaan dan siasatan mendapati lelaki itu tidak memiliki pasport.

Beliau berkata, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, suspek mengelar leher mangsa sebelum mayatnya ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di bilik sebuah rumah.

“Siasatan pasukan forensik IPK Selangor turut menemui mangsa luka pada badan dan tangan,” katanya di sini semalam. Menurutnya, kejadian bermotifka­n cemburu apabila mangsa dikatakan mempunyai hubungan dengan teman wanita suspek.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

 ??  ?? MANGSA (dalam bulatan) ditemui mati dirumahnya di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam.
MANGSA (dalam bulatan) ditemui mati dirumahnya di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia