Harian Metro

Dua maut motosikal terbabas

-

Dua maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas ketika dalam perjalanan di Kilometer 435 Lebuhraya Utara Selatan persimpang­an bertingkat Sungai Buaya, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5 petang itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Bukit Beruntung tercampak selepas melanggar besi penghadang jalan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan R Supramania­m berkata, mangsa, Muhamad Fadill Baharin, 22, dan Ziana Ameruddin, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat dan waris mangsa yang menetap di Bukit Beruntung sudah dimaklumka­n,” katanya.

 ??  ?? ZIANA Ameruddin
ZIANA Ameruddin
 ??  ?? MUHAMAD Fadill
MUHAMAD Fadill

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia