Harian Metro

Suspek utama kes samun dicekup

-

Suspek utama kes samun berkumpula­n yang mendalangi 10 kes di sekitar Lembah Klang dicekup sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun berkenaan ditahan di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, oleh sepasukan anggota diketuai Asisten Superinten­dan T Pugalendhi berdasarka­n maklumat, jam 7 pagi.

Sumber berkata, lelaki berkenaan yang memiliki tiga rekod jenayah cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

Katanya, suspek berasal dari Ampang yang dikehendak­i atas kesalahan samun di Klang pada tahun ini berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

“Selain itu, suspek juga dipercayai terbabit dalam 10 kes samun bersenjata­kan parang di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ampang, Banting, Tanjung Malim dan Klang sejak awal tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia