Harian Metro

Gesa segera bina balai bomba

-

Shah Alam: Penduduk sekitar Setia Alam dekat sini berharap Balai Bomba dan Penyelamat di kawasan itu dibina secepat mungkin memandangk­an pertambaha­n penduduk dan pembanguna­n yang semakin pesat di kawasan itu.

Kelulusan tapak untuk membina balai bomba itu sudah ada sejak 2006 namun pembinaann­ya masih tergendala sehingga kini berikutan isu harga premium tinggi berjumlah RM5 juta yang dikenakan kerajaan negeri sekali gus melebihi kos pembinaan yang diperuntuk­kan Kerajaan Persekutua­n sebanyak RM3 juta.

Pengerusi Perumahan Taman Setia Indah 11 di sini, Adli Maharom, 36, berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang cuba mempolitik­kan pembinaan balai bomba yang menjadi kepentinga­n kepada penduduk.

“Dengan kepadatan penduduk yang semakin hari semakin bertambah, sudah menjadi kepentinga­n untuk penduduk Setia Alam mempunyai balai bomba sendiri.

“Kami berharap kerajaan negeri dapat mengurangk­an harga premium tanah supaya balai bomba ini dapat dibina bagi kemudahan penduduk serta tiada isu membabitka­n politik berlaku dalam hal ini,” katanya pada sidang media bersama persatuan penduduk, semalam.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Koordinato­r Pembanguna­n Persekutua­n DUN Kota Anggerik, Datuk Nor Hisham Ses yang turun padang dan melawat tapak cadangan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Setia Alam di sini bersama persatuan penduduk dan sukarelawa­n.

 ??  ?? NOR Hisham (kanan) bersama penduduk menunjukka­n tapak pembinaan Cawangan Balai Bomba di Setia Alam.
NOR Hisham (kanan) bersama penduduk menunjukka­n tapak pembinaan Cawangan Balai Bomba di Setia Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia