Harian Metro

Puji usaha bantu bomba

-

Klang: Inisiatif masyarakat bersama membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam memastikan keselamata­n setempat terjaga mendapat pujian jabatan itu.

Ketua JBPM Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, kesedaran masyarakat dalam membantu pihak bomba sangat penting terutama bagi mereka yang menetap di kawasan pedalaman.

“Sebagai contoh penduduk di sekitar Pulau Ketam ini mempunyai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang mampu menggantik­an pasukan bomba jika berlaku sebarang bencana.

“Sejak ditubuhkan pada 1974, pelbagai bencana seperti kebakaran dapat diatasi sementara menunggu bantuan bomba tiba,” katanya.

Samsol Maarif yang turun padang melawat pasukan itu berkata, Selangor mempunyai 25 pasukan PBS yang aktif setakat ini.

Sementara itu, ahli PBS Pulau Ketam, Chia Suon Keong berkata, pasukan sukarelawa­n itu mempunyai 30 ahli daripada penduduk pulau itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia