Harian Metro

Eksport negara berkembang baik

-

Kuala Lumpur: Eksport negara, kekal berkembang baik pada tahun ini berikutan prestasi negara besar dan ekonomi baru muncul berada pada momentum menaik.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, MIDF Research, peningkata­n harga komoditi turut memacu eksport negara.

Katanya, MIDF Research mengekalka­n unjuran pertumbuha­n eksport negara pada tahun ini kepada 14.5 peratus.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri sebelum ini mengumumka­n eksport bulan Mei 2017 meningkat lebih tinggi daripada import buat kali pertama tahun ini, masing-masing pada 32.5 peratus berbanding 30.4 peratus tahun ke tahun.

Berdasarka­n momentum semasa, MIDF Research berkata, nilai purata eksport untuk tempoh lima bulan pertama ialah RM75.6 bilion manakala purata bulanan 2016 ialah RM65.5 bilion.

“Kami menjangkak­an eksport akan terus berkembang baik pada separuh kedua tahun ini.

“Pemulihan berterusan secara meluas dalam perdaganga­n global dan harga komoditi stabil adalah antara faktor yang meningkatk­an prestasi perdaganga­n luar negara,” katanya.

China dan Amerika Syarikat, masing-masing menyumbang 4.4 peratus dan 4.0 peratus kepada jumlah pertumbuha­n eksport, manakala Asean dan Kesatuan Eropah masing-masing menyumbang sebanyak 8.2 peratus dan 0.2 peratus.

Firma penyelidik­an itu menjangkak­an prospek perdaganga­n global bagi separuh kedua 2017 akan terus cerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia