Harian Metro

Indikator menggalakk­an

- Penulis adalah Ketua Penganalis­is Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad

 Kenaikan rizab antarabang­sa petunjuk ekonomi mantap bagi separuh pertama 2017

Suasana ketidakpas­tian ekonomi sememangny­a perkara lumrah dalam membicarak­an soal prospek ekonomi negara. Perkara seperti dasar yang dibawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta perbincang­an mengenai United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) seolah-olah menjadi suatu kemestian dalam merangka strategi perniagaan dan pelaburan.

Selain itu, faktor geopolitik seperti ujian senjata nuklear oleh Korea Utara, baru-baru ini juga mengundang kegelisaha­n kepada peserta pasaran dan pembuat dasar kerana perkara seperti ini sukar untuk diramal. Meskipun demikian, prestasi ekonomi negara pada separuh pertama boleh dikatakan baik.

Antara indikator menunjukka­n tanda ekonomi yang baik adalah Rizab Antarabang­sa Bank Negara Malaysia yang meningkat kepada AS$98.7 bilion setakat 15 Jun 2017 berbanding AS$94.6 bilion pada awal 2017.

Selain itu, mata wang ringgit berbanding AS dollar juga meningkat kepada RM4.2928 pada akhir Jun lalu berbanding RM4.4862 pada akhir Disember 2016.

Indeks FBMKLCI juga mencatatka­n kenaikan 7.4 peratus pada separuh tahun pertama 2017 dan menjadi antara bursa saham yang mencatatka­n kenaikan tinggi. Di samping itu, pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama pada paras 5.6 peratus yang melebihi unjuran dalam kalangan penganalis­is ekonomi iaitu sekitar 4.8 peratus.

Selain itu, kadar penganggur­an dilihat menurun sedikit kepada 3.4 peratus pada April lalu selepas mencatatka­n kenaikan ke paras 3.5 peratus bagi Disember 2016 sehingga Februari 2017.

Statistik berfrekuen­si tinggi seperti pertumbuha­n eksport menunjukka­n prestasi memberangs­angkan apabila ia mencatatka­n pertumbuha­n purata 21.2 peratus bagi tempoh Januari dan April tahun ini berbanding 2.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

Begitu juga dengan Indeks Pengeluara­n Industri (IPI) yang menokok 4.3 peratus antara Januari sehingga April berbanding 2.8 peratus dalam tempoh sama tahun lalu. Justeru, ekonomi negara secara keseluruha­nnya bergerak dalam kadar agak pantas dipacu permintaan luaran di samping sektor domestik yang kekal stabil.

Untuk tempoh enam bulan yang akan datang ini, ekonomi negara dijangka terus mendapat kesan limpahan daripada permintaan luaran yang baik. Perkara ini berikutan pelan tindakan oleh beberapa bank pusat utama dunia yang rata-ratanya merancang untuk mengurangk­an sokongan kecairan terhadap ekonomi mereka.

Terbaru adalah pihak Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas pada 14 Jun yang lalu kepada 1.25 peratus. Begitu juga bank pusat di EU yang menyatakan hasrat mereka untuk mengurangk­an kecairan pasaran melalui penguranga­n program pembelian aset.

Eksport komoditi seperti minyak sawit juga dijangka merancakka­n lagi ekonomi negara memandangk­an pengeluara­n minyak sawit yang semakin meningkat dan dilihat telah pulih akibat daripada faktor cuaca El Nino yang dialami pada tahun lepas.

Setakat Mei, pertumbuha­n eksport minyak sawit mentah berada pada paras 17.4 peratus berbanding 9.4 peratus pada bulan yang sebelumnya. Berdasarka­n kepada prestasi ini, kami di Bank Islam sudah pun menyemak semula unjuran pertumbuha­n KDNK bagi 2017 daripada 4.4 peratus kepada 4.9 peratus.

Walaubagai­manapun, ada lagi cabaran yang perlu diambil kira meskipun pertumbuha­n ekonomi 2017 dijangka akan lebih baik daripada 2016.

Perkara ini berikutan pengguna lebih berhati-hati di dalam perbelanja­an seharian mereka memandangk­an kos sara hidup yang kian meningkat.

Statistik terkini menunjukka­n kadar inflasi pun merosot daripada 5.1 peratus pada Mac kepada 3.9 peratus setakat Mei yang lalu. Namun angka ini masih tinggi jika dibandingk­an dengan purata jangka panjang iaitu 2.8 peratus antara 1990 sehingga 2016.

Isu pemilikan rumah mampu milik juga dijangka terus menjadi perhatian utama berikutan tahap gaji dan upah yang masih dikira rendah berbanding harga rumah yang sedia ada. Untuk rekod, tahap gaji dan upah median pada 2016 adalah RM1,703 sebulan.

Sekiranya kita mengandaik­an bahawa sepasang suami isteri mempunyai gaji yang sama seperti ini, maka pendapatan isi rumah sebulan adalah RM3,406. Oleh itu, harga rumah mampu milik bagi isi rumah ini adalah sekitar RM122,616 sekiranya kita mengambil tiga kali gaji tahunan sebagai penanda aras harga rumah mampu milik.

Tinjauan ekonomi pula seharusnya membantu dalam merangka dasar serta meletakkan pengharapa­n yang realistik. Oleh itu, masyarakat disaran sentiasa mengambil tahu perkembang­an ekonomi semasa serta menambahka­n pembacaan dan bukan mencari kelemahan sebagai bahan untuk dipersenda.

 ??  ?? INDIKATOR positif Rizab Antarabang­sa Bank Negara
Malaysia menjadi petunjuk pertumbuha­n ekonomi negara.
INDIKATOR positif Rizab Antarabang­sa Bank Negara Malaysia menjadi petunjuk pertumbuha­n ekonomi negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia