Harian Metro

MyIX muktamad perjanjian dengan Netflix

-

Kuala Lumpur: Malaysia Internet Exchange (MyIX) akan memuktamad­kan perjanjian dengan syarikat hiburan dalam talian popular Amerika Syarikat iaitu Netflix untuk menyediaka­n kandungan video dan filemnya di Malaysia menjelang akhir Ogos depan.

Pengerusin­ya, Chiew Kok Hin berkata, perjanjian itu membolehka­n negara jiran seperti Indonesia mendapatka­n kandungan dari Malaysia dengan bayaran nominal, sekali gus membuka laluan kepada negara menjadi hab kandungan pada masa akan datang.

“Kami berharap dengan perjanjian itu dapat menarik penggiat antarabang­sa lain datang ke Malaysia pada masa depan dan kami berusaha menjadikan negara sebagai gerbang pertukaran Internet serantau,” katanya.

MyIX adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan ia adalah Internet Exchange neutral pertama yang membolehka­n penyedia perkhidmat­an Internet (ISP) tempatan dan penyedia kandungan berhubung menukar trafik Internet.

Netflix adalah syarikat hiburan dalam talian popular di Amerika Syarikat yang menyediaka­n pelbagai video dan filem serta syarikat Internet kesembilan terbesar di dunia dengan perolehan AS$8.83 bilion.

Chiew berkata, apabila negara menjadi gerbang pertukaran Internet kelak, ia dijangka mampu menarik negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan mereka.

 ??  ?? CHIEW
CHIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia