Harian Metro

Kilang dalam hutan

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

Paramit bina kilang di Taman Sains Pulau Pinang dengan kos RM60 juta

Paramit Malaysia Sdn Bhd (Paramit) iaitu syarikat pengeluar peranti perubatan menjadi syarikat pertama membina kilang dengan berkonsepk­an ‘kilang dalam hutan’ di negara ini.

Kilang berkenaan terletak di Taman Sains Pulau Pinang di Taman Perindustr­ian Bukit Minyak, di sini dan dibina dengan kos berjumlah RM60 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Billoo Rataul berkata, kilang itu berkeluasa­n 162,000 kaki persegi dan dikeliling­i lebih 1,500 pokok.

Menurutnya, perkembang­an perniagaan di Asia mendorong pihaknya untuk menyediaka­n ruang kerja berkonsepk­an alam semula jadi, tetapi memiliki fasiliti canggih dan moden.

“Selain kawasan kilang yang menenangka­n, kami menggunaka­n sistem lantai penyejuk yang menjimatka­n penggunaan tenaga sehingga 60 peratus, sekali gus mengurangk­an kos operasi syarikat.

“Kilang ini sudah beroperasi pada Jun tahun lalu dan prestasiny­a dijangka dapat dilihat sekitar Mei hingga Jun tahun ini selain menjangkak­an nilai eksport akan meningkat,” katanya pada sidang media selepas perasmian kilang berkenaan, semalam.

Beliau berkata, industri peranti perubatan di negara ini begitu penting apabila berlaku pertumbuha­n dua angka pada tahun lalu dengan nilai eksport menjangkau RM17.8 bilion.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya bangga menjadi salah satu syarikat yang membawa inovasi perubatan ke negara ini dan menyumbang dalam usaha berkenaan, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan dan memperoleh kejayaan cemerlang di rantau ini.

 ??  ?? KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) bersama Ketua Pengawai Eksekutif Paramit, Billoo Rataul (kanan) dan Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan merasmikan kilang Paramit Malaysia di Taman Sains Pulau Pinang, Taman...
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) bersama Ketua Pengawai Eksekutif Paramit, Billoo Rataul (kanan) dan Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan merasmikan kilang Paramit Malaysia di Taman Sains Pulau Pinang, Taman...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia